Objek misteri berwarna hijau berlegar-legar di ruang udara Tehran

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) yang memancarkan lampu hijau menjadi perhatian pengguna media sosial di Iran, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

UFO itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas rakaman video mengenainya dikongsikan di platform TikTok.

Kelajuan dan ketinggian objek itu kelihatan berubah apabila ia bergerak di ruang udara Tehran.

Objek misteri berwarna hijau berlegar-legar di ruang udara Tehran

Klip video itu disiarkan di laman sosial pada 30 Mei lalu oleh pengguna TikTok, @jakestaxxx.

Ia setakat ini menerima lebih setengah juta tontonan, dengan penonton saling berdebat mengenai imej tersebut.

Beberapa netizen menganggap bahawa ia adalah imej janaan komputer.

“Makhluk asing tidak muncul seperti itu, ada peraturan galaksi. Jika ini (imej) adalah benar, ia akan mengganggu ketenteraman awam. Saya tidak nampak sebarang kekacauan awam berlaku,” kata seorang netizen.
@jakestaxxxUnidentified Aerial Phenomena (UAP) (UFO) Strange Phenomenon Human technology

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Baca Juga:
Kapten Sepanyol cedera ‘dirempuh’ pengawal keselamatan
Rider tunjuk ‘anu’ depan masjid dikecam orang ramai
Rider pulangkan tip RM500 raih pujian ramai