Nyanyi sumbang, netizen saran Fazura masuk kelas vokal

Photo of author

By Syima Iza

Nyanyi sumbang, netizen saran Fazura masuk kelas vokal.

Kemunculan pertama pelakon dan penyanyi, Fazura, 41, selepas bercerai dalam sebuah program televisyen (TV) di negara jiran, Indonesia baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai.

Malah, turut ‘tular’ di media sosial adalah klip video nyanyian Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, yang menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta dalam program TV tersebut.

Nyanyi sumbang, netizen saran Fazura masuk kelas vokal

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan Fazura memperdengarkan vokalnya, namun ia mendapat kritikan pedas daripada kebanyakan netizen yang mendakwa nyanyiannya sumbang.

Meninjau ruangan komen di hantaran For You Page (FYP) beberapa pengguna media sosial yang membuat perkongsian, ada yang menyarankan agar Fazura mengikuti kelas vokal sekiranya ingin terus menyanyi.

“Rasa nak nangis dengar dia nyanyi,” komen seorang netizen.

“Kenapa memilih untuk menyanyi?” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

“Bakat terpendam yang patut dipendamkan,” kata wargamaya.

“Okay, dia boleh nyanyi, ya boleh nyanyi… tapi,” tulis warganet.

Bukan hanya netizen yang memberi komen, malah video itu turut menarik perhatian pemuzik dan pelakon, Rashidi Ishak.

Menerusi hantaran di Threads, Rashidi berkongsi pandangannya dan meminta pengurus Fazura untuk memberitahunya supaya mendapatkan bimbingan vokal.

“Saya melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta. Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Fazura hangat dengan berita perpisahannya bersama pelakon Fattah Amin yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu, selepas tujuh tahun berkahwin.

Baca Lagi:
Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta
Rupanya ini maksud sebenar kenapa warga Bangladesh selalu pegang tangan sesama lelaki ketika berjalan
Ini sebab kenapa tidak digalakkan mengecas telefon di dalam kereta yang masih ramai tak tahu