Nouhaila cipta sejarah pemain pertama pakai hijab dalam kejohanan Piala Dunia Wanita

Photo of author

By Syima Iza

Nouhaila cipta sejarah pemain pertama pakai hijab dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Nouhaila Benzina muncul pemain pertama memakai hijab pada perlawanan Piala Dunia Wanita apabila mewakili Maghribi menentang Korea Selatan, hari ini.

Lebih menarik, Maghribi menang aksi pertama dalam sejarah kejohanan apabila jaringan Ibtissam Jraidi memastikan kemenangan 1-0.

Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) menarik balik sekatan melarang pemain bola sepak memakai hijab, hampir sedekad lalu, apabila sebelum ini bimbang dengan keselamatan pemain.

Nouhaila cipta sejarah pemain pertama pakai hijab dalam kejohanan Piala Dunia Wanita

Nouhaila, 25, yang beraksi sebagai pemain pertahanan bersama kelab di Maghribi, diturunkan menentang Korea Selatan untuk mencatat namanya dalam buku sejarah.

Dia berkongsi di media sosial mengenai penampilannya di Piala Dunia dengan berhijab, tetapi tidak bercakap kepada media di Australia dan New Zealand mengenai perkara itu.

Baru-baru ini, dia memberitahu stesen televisyen Al Jazeera, bahawa ia akan detik yang membanggakan.

“Banyak kerja dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan terima kasih kepada Tuhan kerana ia memberikan keputusan positif,” katanya.

“Kami harap dapat bermain di tahap tertinggi dan membanggakan rakyat Maghribi.”

Beberapa sukan lain seperti bola keranjang turut menarik balik sekatan terhadap hijab, tetapi masih tidak dibenarkan pada perlawanan bola sepak rasmi di Perancis.

Mereka layak ke Piala Dunia kali pertama selepas muncul naib juara Piala Afrika Wanita, tetapi dibelasah 0-6 di tangan Jerman pada perlawanan pembukaan dan Nouhaila diletakkan sebagai pemain simpanan.

Baca Lagi:
Lelaki tetak pengurus bank setelah permintaan keluarkan duit RM132 juta dalam akaun ditolak
Ibubapa pelajar pasang sepanduk tak puas hati pentadbiran sekolah, desak gurubesar dan penolong kanan dipindahkan segera
Lelaki nyaris putus zakar diserang isteri selepas ‘kantoi’ tonton video bekas isteri