Nora Danish tampil imej bertudung, mohon peminat doakan kekal istiqamah

Photo of author

By Syima Iza

“Sebenarnya saya sudah lama berniat nak bertudung, tapi belum ada kekuatan itu sebelum ini.”

Demikian kata pelakon jelita, Nora Danish mengenai penampilan terbaharunya yang dikatakan sudah berhijab.

Nora ketika dihubungi Harian Metro bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan buat dirinya.

Nora Danish tampil imej bertudung, mohon peminat doakan kekal istiqamah

“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung). Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

“Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” katanya.

Menurut Nora, sebagai wanita yang mencecah usia 42 tahun, dia ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama.

“Apapun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.

Terdahulu Nora mencetuskan tanda tanya melalui hantaran di Instagram apabila tampil berhijab.

Baca Juga:
Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ ‘Sold out’
Wanita terjah suami berduaan dalam kereta dengan wanita Indon, terkedu dengar suami cakap “dah la, aku tak nak kau dah”
Ular sawa perut buncit rupanya baru sudah telan wanita