Nonny Nadirah buat hal lagi, kali ini makan nasi dalam keadaan berkemban pula

Photo of author

By Syima Iza

Nonny Nadirah buat hal lagi, kali ini makan nasi dalam keadaan berkemban pula.

Selebriti sensasi Nonny Nadirah sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan video terbarunya yang memaparkan beliau makan sambil berdiri dalam keadaan berkemban.

Dalam video tersebut, Nonny, yang kini berusia 34 tahun, dilihat berdiri di hadapan pintu yang sedikit terbuka sambil mengangkat kaki, memperlihatkan bahagian pahanya. Aksi tersebut pastinya mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di media sosial.

Nonny Nadirah buat hal lagi, kali ini makan nasi dalam keadaan berkemban pula

Selain menunjukkan gaya hidupnya yang unik, Nonny juga berkongsi tentang pengurusan makanan dalam video itu.

“Ini ayam semalam tak habis, saya basuh. Insya-Allah boleh makan,” katanya sambil membasuh lebihan lauk tersebut.

Di samping itu, Nonny turut mengambil peluang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin dengan menulis, “Roh saya berada kat sana sekarang, Palestin.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah)

Nonny, yang tidak asing dengan kontroversi, pernah mencetuskan pelbagai perdebatan di kalangan netizen sebelum ini. Dalam satu insiden, beliau pernah duduk mencangkung hingga hampir menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.

Selain itu, beliau juga pernah membotakkan kepalanya dan mendakwa wajahnya senget sebelah akibat gangguan sihir.

Baca Juga:
Stesen TV Thailand dedah ‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’
Rupanya ini sebab kenapa ‘tong sampah’ sukar ditemui di bandaraya Jepun
Suami boleh cerai jika bosan, wanita buat pengakuan kahwin 15 kali selepas tawar khidmat jadi isteri ‘sementara’