Nombor plat R dianggap membawa tuah dilelong RM14 juta

Nombor plat R dianggap membawa tuah dilelong RM14 juta

Nombor plat R dianggap membawa tuah dilelong RM14 juta. Nombor pendaftaran kenderaan yang hanya mempunyai abjad tunggal, R dijual pada harga HK$25.5 juta (RM14.1 juta) dalam satu acara lelongan di Hong Kong, lapor akhbar The Sun semalam.

Nombor plat itu dilelong Ahad lalu dan merupakan satu daripada 49 nombor yang dilelong semasa acara lelongan Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Pengangkutan.

Ia juga merupakan nombor plat kedua termahal yang dijual di bandar raya itu. Huruf tersebut dianggap membawa tuah.

Nombor plat R dianggap membawa tuah dilelong RM14 juta

Bidaan terhadap nombor plat R itu bermula pada harga HK$5,000 (RM2,769), namun ia meningkat dengan pantas dengan berpuluh-puluh pembeli berminat untuk membida.

Seorang pembida kemudian menawarkan harga HK$2 juta (RM1.1 juta) sebelum meningkat kepada HK$9 juta (RM4.9 juta).

Selepas kira-kira 60 pusingan bidaan, nombor pendaftaran itu akhirnya menjadi milik seorang pembida pada harga HK$25.5 juta (RM14.1 juta).

Seorang penjual nombor pendaftaran kenderaan memberitahu media sebelum lelongan bahawa jualan nombor plat R dijangka mencecah HK$10 juta (RM5.5 juta) kerana huruf itu dikaitkan dengan kereta lumba dan membawa tuah dalam kepercayaan masyarakat China.

Sementara itu, satu lagi nombor pendaftaran unik, 10VE Y0U dilelong pada harga HK$310,000 (RM171,740) pada hari pertama acara lelongan.

Baca Lagi:
Tular anggota polis trafik mengantuk terhoyong-hayang semasa bertugas jadi bualan netizen
Rumah dah jadi macam tongkang pecah, kakak ipar jadi ‘madam’ saya pula jadi bibik
Guru kongsi kisah anak murid deman, ibu korek sana sini cari duit untuk bawa anak ke klinik
CATEGORIES