Nombor pendaftaran ‘Madani 8481’ catat bidaan tertinggi sejak hari pertama dibuka

Photo of author

By Syima Iza

Nombor pendaftaran ‘Madani 8481’ catat bidaan tertinggi sejak hari pertama dibuka.

Nombor pendaftaran istimewa siri “Madani” telah menarik minat awam apabila nombor ‘Madani 8481’ mencatatkan bidaan tertinggi setakat ini dengan nilai RM9,999 sejak hari pertama bidaan dibuka.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan bidaan untuk Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri Madani pada 20 Oktober lalu dengan harga minimum serendah RM100. Tempoh bidaan ini akan berakhir pada jam 10 malam, Rabu ini, dan keputusan akan diumumkan pada hari Khamis.

Nombor pendaftaran 'Madani 8481' catat bidaan tertinggi sejak hari pertama dibuka

“Kaedah penawaran secara bidaan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan melalui sistem JPJeBid,” kata Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli.

Harga bidaan minimum ditetapkan mengikut kategori, iaitu RM20,000 untuk nombor utama, RM5,000 (nombor premium), RM2,500 (nombor menarik), RM500 (nombor popular), dan RM100 (nombor semasa).

Walau bagaimanapun, nombor “Madani 8481” menjadi tumpuan di media sosial apabila angka 8481 dilihat menyerupai perkataan ‘BABI’, yang mencetuskan sindiran di kalangan warganet.

Siri nombor Madani dilancarkan untuk mempromosikan gagasan Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beberapa nombor lain, seperti ‘Madani 47’ dan ‘Madani 4747’, turut dijadikan bahan sindiran berkaitan kes yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, nombor ‘Madani 10’ dianggap simbolik kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia, menjadikan siri ini lebih daripada sekadar nombor pendaftaran kenderaan.

Baca Juga:
Wanita dedah kahwin dengan abang sendiri tanpa sedar
Selama 6 tahun kahwin, aku tak pernah rasa masakkan isteri, semuanya berpunca ada ustaz bagitahu ‘Memasak Bukan Tugas Isteri’
Jalan ‘Glow In The Dark’ di Kedah adalah yang terpanjang di Malaysia