“No money no food”- Rider dedah dianiaya dengan pelancong China

Photo of author

By Syima Iza

“No money no food”- Rider dedah dianiaya dengan pelancong China.

Pada setiap hari, kita sering mendengar keluhan pekerja penghantar makanan yang menghadapi pelbagai situasi pahit bersama pelanggan yang bermacam ragam.

Terbaru, seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan berkongsi pengalaman pahitnya apabila ditipu oleh pelanggan sehingga mengalami kerugian lebih RM70.

"No money no food"- Rider dedah dianiaya dengan pelancong China

“Naya lagi. Kena RM70+++ pelancong China order COD tapi guna Alipay pula. Scan QR tak lepas lima kali.

“Drop dekat lobi hotel. (Dia) kata nak masuk cari RM (tunai) siap ambil makanan, lepas tu lesap,” kongsinya dalam satu hantaran di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia.

Luahan kisah sedih yang dikongsikan individu terbabit segera meraih perhatian netizen yang rata-ratanya sangat bersimpati dengan nasibnya.

“Aku pernah kena juga dengan warga China. Cakap nak bayar guna Alipay, satu dunia pakai kot. Dia pun tak ada cash. Aku cakap tak boleh, aku call cs (customer service) beritahu customer tak ada cash,” kongsi seorang netizen.

“Pernah dapat juga customer China nak guna Alipay. Dah sampai depan vendor, terus call CS minta cancel sebab customer nak guna Alipay…tak ada cash,” tulis seorang netizen lain.

“Jadikan pengajaran. No money, no food. Selalu juga kena macam ni,” luah seorang lagi.

Dalam masa yang sama, mereka berpesan kepada rider lain untuk mengambil wang terlebih dahulu atau menunggu pemindahan wang secara online masuk ke dalam akaun sebelum menyerahkan makanan.

Baca Juga:
‘Tak sampai seminit, bergerak 5 meter’ lelaki tarik pesawat hanya menggunakan kelopak mata raih perhatian
Mahu berehat dan hidup tenang, wanita 38 tahun sanggup jadi penghuni rumah warga tua
‘Masya-Allah cantiknya’ bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam