Niat nak mencari kerja bertukar jadi episod malang, remaja kena kurung dalam rumah, diliwat beberapa kali

Niat nak mencari kerja bertukar jadi episod malang, remaja kena kurung dalam rumah, diliwat beberapa kali

Niat nak mencari kerja bertukar jadi episod malang, remaja kena kurung dalam rumah, diliwat beberapa kali.

Niat remaja lelaki ingin mencari pekerjaan selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi dalam talian bertukar episod malang apabila ‘dikurung’ di dalam rumah suspek sebelum diliwat beberapa kali.

Kejadian malang menimpa mangsa berusia 18 tahun itu bermula apabila dia mengenali suspek melalui aplikasi dalam talian pada Julai lalu sebelum lelaki berjanji akan membantunya mencari pekerjaan.

Niat nak mencari kerja bertukar jadi episod malang, remaja kena kurung dalam rumah, diliwat beberapa kali

Gambar hiasan

Menurut sumber, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.

“Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, d sini, dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Sumber berkata, seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke pasar raya itu untuk mencari pekerjaan terbabit sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu selepas itu.

“Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang.

“Malah dia dikurung di rumah terbabit selama 10 hari di mana sepanjang itu mangsa turut diliwat beberapa kali,” katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudian diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

“Mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum mereka membawanya membuat laporan polis kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Kita dalam proses pengesahan keterangan mangsa dan menunggu hasil pemeriksaan doktor,” katanya.

Baca Lagi:
Video detik-detik bayi selamat dari maut, merangkak cari ibu dari lori yang remuk
Suami isteri tuntut ganti rugi dari Singapore Airlines, terpaksa tahan kentut anjing selama 13 jam
Difitnah miliki kediaman mewah berharga RM20 juta di Country Height, Nurulhidayah bakal ambil tindakan undang-undang
CATEGORIES