Niat nak bawa mak ayah tunai haji terbantut selepas kena tipu dengan scammer ‘Tiga Segi’

Photo of author

By Syima Iza

Niat nak bawa mak ayah tunai haji terbantut selepas kena tipu dengan scammer ‘Tiga Segi’.

Niat seorang pemuda untuk membawa ibu bapa menunaikan haji terbantut selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ tiga segi berkaitan urusan jual beli emas, menyebabkan kerugian sebanyak RM6,594.

Menerusi hantaran di Facebook oleh Madi Rizal, dia berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan individu terbabit. Namun, selepas wang dipindahkan, dia mendapati dirinya telah disekat oleh ‘scammer’ tersebut.

Niat nak bawa mak ayah tunai haji terbantut selepas kena tipu dengan scammer 'Tiga Segi'

**“Allah sahaja tahu perasaannya. Hancur hati terduduk saya dibuatnya. Hati-hati buat (orang) lain dengan nombor ‘scammer’ ni.

“Kejadian malam tadi membuatkan saya terdiam seribu bahasa kerana saya baru sahaja memulakan perniagaan dengan niat dapat bawa ibu ayah menunaikan haji dan ingin berkahwin.

“Hancurnya hati. Buat si penipu dan penipu lain, saya takkan maafkan awak. Allah itu ada. Hari ini awak khianati saya,”** tulisnya dalam hantaran itu.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook, termasuk penerangan mengenai modus operandi penipuan ‘scammer’ tiga segi yang dilihat agak rumit untuk difahami oleh ramai orang.

**“Penipuan tiga segi ke ni? Pembeli ‘deal’ dengan ‘scammer’. Scammer ‘deal’ dengan pemilik emas (penjual). Scammer atur pertemuan kedua-dua pihak di satu lokasi.

Niat nak bawa mak ayah tunai haji terbantut selepas kena tipu dengan scammer 'Tiga Segi'

“Scammer suruh pembeli masukkan duit ke akaun milik scammer. Bila pembeli dah masukkan duit, penjual tak lepaskan emas kerana bayaran bukan ke akaun penjual. Jadi scammer dapat duit percuma, pembeli pula yang merana,”** jelas Rashidah Rashidi.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Safwan, turut menjelaskan taktik itu:

**“Ni tiga serangkai. Pembeli beli, scammer dapat duit, penjual serah barang. Bila scammer dah dapat duit, penjual tak terima bayaran, emas tak diserahkan. Pembeli terduduk.

“Kasihan pembeli. Tak apa, ada rezeki lain. Berat timbangan di akhirat. Sabar dan reda, insya-Allah diganti dengan yang lebih baik,”** katanya.

Beberapa pengguna Facebook lain juga berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa taktik penipuan sama sehingga mengalami kerugian besar.

“Saya kena macam ni RM30,000. Dia guna akaun keldai, kita pun tak tahu berapa ramai depa (mereka) ni,” kongsi seorang individu yang turut simpati dengan nasib Madi.

Baca Juga:
Ramai masih keliru hukum ucap, sambut perayaan bukan Islam, ini penjelasan mufti Pulau Pinang
Jangan buang kepala ikan bilis, ada kegunaan lain yang ramai tak tahu
Restoran terkenal buat peraturan keras hukum pekerja undang pelbagai reaksi warganet