Terbaring lagi di taman~
Korang yang selalu menghabiskan masa di aplikasi TikTok pasti sedar dengan kewujudan lagu berjudul Angau yang menjadi antara sound yang paling banyak digunakan di Malaysia.
Lagu berjudul Angau itu merupakan nyanyian serta ciptaan penyanyi muda iaitu Fahimi Rahmat dan setakat artikel ini ditulis, lagu tersebut sudah pun mencecah lebih 1.3 juta views di YouTube.
Pun begitu, baru-baru ini Fahimi telah diundang ke rancangan talkshow Meletop di mana dia menyanyikan lagu itu secara live tetapi persembahannya itu menarik perhatian ramai.
“Kenapa macam lain?”
@mymeletop Angau LIVE by @Fahimi ☁️😌 #meletop #angau #angaufahimi #terbaringlagiditaman ♬ original sound – MeleTOP
Dapat didengari, nyanyiannya itu sedikit lain daripada rakaman asal lagu tersebut dan ramai netizen yang mempertikaikan kebolehan Fahimi untuk menyanyi secara live.
Pun begitu, ada juga netizen yang merasakan suaranya sedap sahaja cuma mungkin ada sedikit gemuruh serta permasalahan dari segi teknikal.
Sebagai info, Fahimi merupakan kembar kepada Firdaus Rahmat yang juga seorang penyanyi serta komposer, mereka berdua merupakan anggota kumpulan nasyid moden The 4aith.