Netizen terpukau tengok wajah Maria Farida tak dimamah usia dalam video throwback – “Anak makin besar, mak makin cun!”

Netizen terpukau tengok wajah Maria Farida tak dimamah usia dalam video throwback – “Anak makin besar, mak makin cun!”

Bila disebut nama pelakon Maria Farida, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah keayuannya biarpun umurnya kini sudah mencecah 50-an.

Sekali pandang, pasti ramai yang tidak percaya bahawa umur aktres ini sudah masuk 55 tahun! Ramai netizen terpukau melihat dirinya yang tidak dimamah usia apabila dia kongsikan video gambar-gambar lamanya sejak tahun 1997 sehingga kini.

Maria Farida ada memuat naik satu hantaran di TikTok sempena tarikh ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-27. Dalam video tersebut, Maria Farida menunjukkan gambar-gambar lama anaknya sejak dia lahir dan membesar sehinggalah sekarang.

Netizen terpukau tengok wajah Maria Farida tak dimamah usia dalam video throwback - "Anak makin besar, mak makin cun!”

Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih lebih daripada 2 juta jumlah tontonan sehingga video tersebut tular ke platform media sosial X.
@mariafarida.officialMy sonshine turns 27 years old today! 🎉🎁💖 My whole universe and all the stars above 🌈

♬ you are my sunshine – christina perri

Bagaimanapun, melihat video tersebut, mata netizen tertumpu kepada Maria Farida yang dilihat tidak dimamah usia sehingga ada yang melabelkan Maria Farida ini sebagai “vampire.”

Netizen terpukau tengok wajah Maria Farida tak dimamah usia dalam video throwback - "Anak makin besar, mak makin cun!”

Baca Juga:
Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu ‘maajun’ dikecam orang ramai
Selepas tular keluhan kakitangan perubatan di papan kenyataan, ini reaksi Menteri Kesihatan
Serangga merayap keluar dari kulit badan, lelaki ini dakwa terkena perbuatan sihir
CATEGORIES