Netizen terkejut tengok suasana banjir di Dungun, air jernih hijau macam Maldives Island.
Musim tengkujuh kali ini bukan sahaja membawa hujan lebat yang berterusan tetapi juga banjir besar di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Perlis, dan Terengganu.
Sehingga jam 12 tengah hari pada 3 Disember, seramai 85,549 mangsa banjir telah dilaporkan di seluruh negara, dengan 23,355 mangsa berasal dari Terengganu. Negeri itu turut merekodkan pembukaan 120 pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 6,235 keluarga.
Air Banjir Jernih dan Kehijauan di Dungun, Terengganu
Baru-baru ini, tular di TikTok (@cutestar88shop) satu hantaran yang memaparkan pemandangan banjir luar biasa di sekitar Ladang Pinang Emas, Bukit Batu Besi, Dungun, Terengganu.
@cutestar88shop Acara tahunan kami di sini. Doakan moga air banjir segera surut ya kawan 🤲🏻 #banjir2024 #banjir #terengganu #misibanjir ♬ เสียงต้นฉบับ – เงาะ ๙ชีวิต👉🏽ยุส์๑.🇹🇭 – {Nick}คนทำข่าว 🇹🇭
Kebiasaannya, air banjir berwarna keruh dan kotor, seperti yang dialami penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh, di mana banjir dipenuhi sampah dan berminyak. Namun, situasi berbeza berlaku di Dungun apabila air banjir di kawasan ladang kelapa sawit itu kelihatan sangat jernih dan kehijauan, menyerupai warna air laut di Terengganu.
Seluruh Ladang dan Kawasan Penduduk Diliputi Air Hijau
@cutestar88shop 📍Ladang Pinang Emas, Bukit Besi Terengganu. Doakan air segera surut ya. Kami dah terkepung sejak hari Khamis yang lepas 🥺🥺 #banjir2024 #banjir #terengganu #misibanjir #prayforterengganu #prayforterengganu🤲🏻 ♬ original sound – 💤🅰Ⓜ
Dalam video lain, penduduk Bukit Batu Besi berkongsi pemandangan dari sudut atas yang menunjukkan banjir dengan air hijau meliputi seluruh kawasan ladang dan perumahan mereka.
Reaksi Orang Ramai: Kagum dengan Kejernihan Air Banjir
@cutestar88shop Sis lanjer view dari atas pulak yerr. Keseluruhan ladang memang air banjirnya ‘menghijau’. #banjir2024 #banjir #terengganu #prayforterengganu #prayforterengganu🤲🏻 #misibanjir ♬ original sound – Pop Shuvit
Ruangan komen di TikTok dibanjiri dengan reaksi kagum daripada netizen yang terpesona melihat kejernihan air banjir di kawasan tersebut.
- “Ya Allah, bersih dan sucinya air banjir dekat Terengganu. Cantik gila,” kata seorang wanita.
- Ada juga yang berseloroh membandingkan banjir di Dungun dengan kawasan lain, seperti di Ipoh:
“Bezanya air banjir sini dengan di Ipoh. Air banjir Ipoh tu dah macam kuah dhal cicah dengan roti canai,” ujar seorang lelaki.
- Seorang individu turut memuji penjagaan kawasan tersebut:
“Ini membuktikan kawasan ni masih terjaga dari segala sudut. Terbaik,” tulisnya.
Fenomena air banjir yang jernih dan kehijauan ini bukan sahaja mengagumkan, tetapi turut mencerminkan betapa baiknya penjagaan alam sekitar di kawasan tersebut. Namun, semua pihak diingatkan untuk terus berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan dalam menghadapi musim tengkujuh ini.