Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit

Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyangka sandalnya yang mencecah ribuan ringgit telah hilang.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen memuat naik hantaran di Instagram Story tentang sandalnya yang telah pun dijumpai setelah sekian lama tidak kelihatan.

Menurut gadis berusia 19 tahun tersebut, sandal yang hilang itu rupanya selama ini dipakai oleh pembantu rumahnya.

Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit

“Patutlah tak nampak dah, bibik pakai rupanya sampai jadi macam ni.”

Sandal tersebut juga dilihat seperti tidak lagi digunakan dan berada di dalam keadaan yang terbiar serta kotor.

Dalam hantaran yang sama, Cik B turut memuat naik tangkap layar foto sandal tersebut daripada laman sesawang jenama mewah terkenal.

Paling menarik perhatian adalah harga sandal itu yang bernilai RM3,700 sepasang namun ia telah pun kehabisan stok di pasaran.

Sekadar info, Cik B sebelum ini pernah berhabis sebanyak RM657,750 untuk pakaian dan aksesori daripada jenama mewah antarabangsa.

Terbaharu, Cik B sekali lagi meraih perhatian netizen apabila dia menerima sebuah kereta jenis Brabus G63 sebagai hadiah ulang tahun kelahiran daripada ibunya.

Baca Juga:
Lelaki mengamuk tak puas hati pembahagian harta pusaka bapa
Tular lelaki pakai singlet putih buat ‘come back’ ajar karate, mengaku tewas sebab mabuk
Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap polis
CATEGORIES