Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari

Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari

Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari. Seorang pesohor media sosial dari Argentina yang mendakwa berkahwin dengan diri sendiri membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dalam tempoh hanya 24 jam, lapor laman berita India Times kelmarin.

Sofi Maure pada Februari lalu mengumumkan perkahwinan tersebut di laman sosial dan memuat naik gambar dia memakai gaun pengantin.

Wanita berusia 25 tahun dan mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman Instagram dan Twitter itu berkata, dia telah membeli gaun pengantin dan menghasilkan kek perkahwinan sebagai menyambut hari bersejarah itu.

Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari

Bagaimanapun, 24 jam kemudian, Sofi membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dengan dirinya selepas sehari menjalani ‘perkahwinan’ bersama diri sendiri.

“Terkini: Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku,” katanya di media sosial.

Pengakuan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan ada menyokong tindakan Sofi namun, sebilangan mereka menganggap wanita itu sekadar laparkan perhatian.

Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari

Mereka turut mereka meminta Sofi supaya berjumpa pakar bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialamimya.

“Anda sendiri tidak tahan dengan sikap sendiri,” kata seorang netizen.

“Semuanya demi meraih perhatian,” kata seorang pengguna media sosial lain.

Baca Lagi:
Bekas pegawai tak kisah jika Syed Saddiq masuk penjara
Lelaki stress menang loteri RM14 juta, duit belum dapat orang dah cari minta tolong
Wanita dilema ibu bagi kata dua, ‘kalau tak ziarah ayah sakit nanti susah nak bersalin’
CATEGORIES