Netizen seram lihat pokok pisang menunduk ke tanah tiba-tiba berdiri tegak ketika kenderaan melintas

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebatang pokok pisang yang menunduk ke tanah secara tiba-tiba berdiri tegak ketika kenderaan melintasinya, lapor portal berita iNews kelmarin.

Video yang dirakam dari dalam sebuah kereta itu dimuat naik di platform X.

Pokok pisang itu berada di tepi sebatang jalan sempit tanpa turap, manakala kejadian berlaku pada waktu malam.

Netizen seram lihat pokok pisang menunduk ke tanah tiba-tiba berdiri tegak ketika kenderaan melintas

Kedudukan pokok pisang itu pada awalnya menghalang laluan disebabkan keadaannya yang menunduk ke tanah.

Namun secara tiba-tiba, pokok itu kembali menegak, seolah-olah memberi laluan kepada kereta tersebut. Tiada individu lain dilihat berada di sekitar pokok itu ketika kejadian.

“Ya Allah, apa ini?” kata perakam video berkenaan.

Menurut laporan, masyarakat Indonesia percaya bahawa pokok pisang sering dijadikan ‘tempat tinggal’ makhluk halus.

Justeru, ramai dalam kalangan netizen yang menonton video tersebut berpendapat kejadian itu menyeramkan.

“Jika dilihat video ini mungkin kelihatan lucu tetapi jika anda sendiri mengalaminya, ia agak seram,” kata seorang netizen.

“Jangan turun dari kenderaan jika berlaku keadaan seperti ini. Bimbang ada yang sengaja buat begitu untuk merompak. Anda perlu jalan terus sahaja, jika ada objek aneh muncul, langgar sahaja,” kata pengguna lain.
Baca Juga:
Anak kecewa duit jual laksa tepi jalan ‘lebur’, mak kena tipu beli seluar kesihatan RM800
Mudahnya manusia dapat dosa kering – Ruhainies
Petugas lebuhraya nampak kelibat ‘pontianak’ kongsi pengalaman seram