TIDAK sampai beberapa jam selepas mendedahkan dirinya menderita masalah gangguan mental skizofrenia, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengundang kecaman orang ramai.
Terbaharu, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat memuat naik foto seorang wanita di dalam sebuah bilik dalam keadaan gelap.
Gambar yang diambil menerusi pantulan cermin itu jelas menampakkan sisi dan bahagian belakang tubuh yang tidak mengenakan seurat benang.
Tanpa mengulas lanjut tentang foto yang dikongsi, Fathia hanya menggunakan lagu “Fallin'” yang dipopularkan oleh Inayah sebagai muzik latar.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita di dalam gambar tersebut adalah Fathia atau bukan.
Dalam pada itu, foto yang dimuat naik di Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan tindakan pelakon Ariana Rose ini.
Namun, ada juga lelaki gatal yang memintanya untuk memeriksa direct message (DM).
“Sudah kenapa macam ini pula? Kesian, berubatlah. Kesihatan mental dia makin merosot.
“Adik-beradik dia tak kisah ke fasal dia ini?” antara komen netizen.
Sebelum ini, Fathia secara terbuka mendedahkan dia menderita gangguan mental dikenali sebagai skizofrenia.
Dia bagaimanapun tidak memperincikan tentang gangguan tersebut namun memberitahu ia sudah banyak membebankan ibunya.