Netizen kongsi punca utama kenapa peniaga moreh di Terengganu kurang dapat sambutan

Photo of author

By Syima Iza

Netizen kongsi punca utama kenapa peniaga moreh di Terengganu kurang dapat sambutan.

Peniaga moreh di sekitar bandar ini mengakui berdepan cabaran apabila jualan mereka tahun ini kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran video berdurasi 58 saat di media sosial pada Selasa, memaparkan keluhan peniaga yang masih perlu membayar sewa tapak walaupun hasil jualan semakin merosot.

Netizen kongsi punca utama kenapa peniaga moreh di Terengganu kurang dapat sambutan

Tinjauan di media sosial mendapati kebanyakan netizen berpendapat bahawa punca utama situasi ini adalah kerana terlalu banyak lokasi jualan moreh dibuka serentak di daerah berkenaan, menyebabkan pembeli berpecah dan jumlah pelanggan di setiap tempat menjadi lebih kecil.

Seorang pengguna media sosial, Mohd Zulkifki, berpendapat makanan yang dijual di tapak moreh hampir sama dengan yang terdapat di pasar malam. Beliau mencadangkan agar peniaga menawarkan kelainan dengan menjual menu yang lebih unik seperti makanan sihat atau hidangan diet.

Selain itu, faktor ekonomi turut dikatakan mempengaruhi perbelanjaan orang ramai.

@chesuu11Perit tahun ni pada tahun lepas…. 📍Moreh downbridge muara sungai terengganu♬ Seribu kemanisan – F

Menurutnya, ramai keluarga kini lebih berhati-hati dalam berbelanja kerana perlu menyimpan wang untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri, terutama selepas mengeluarkan perbelanjaan besar bagi keperluan sekolah anak-anak.

Bagi Tuan Jiwa pula, harga makanan yang semakin meningkat turut memberi kesan kepada pembeli.

“Untuk membawa keluarga membeli juadah moreh, seseorang perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM50 hingga RM60, menjadikannya satu beban bagi mereka yang perlu berjimat,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Rohok Basse, berpendapat jualan peniaga di tapak moreh semakin merosot tahun ini akibat beberapa faktor termasuk peningkatan kos sara hidup dan perubahan trend berbuka puasa dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, Ramadan kali ini disambut dalam tempoh yang dekat dengan pembukaan sesi persekolahan serta persiapan Hari Raya, menyebabkan orang ramai lebih berjimat dalam perbelanjaan.

Netizen kongsi punca utama kenapa peniaga moreh di Terengganu kurang dapat sambutan

“Bulan puasa kali ini dekat sangat dengan buka sekolah, tak lama lagi nak buat persiapan raya pula… semua perlukan duit,” katanya.

Selain itu, kenaikan harga bahan mentah juga menyebabkan peniaga tidak dapat menawarkan makanan dengan harga murah seperti dahulu.

“Harga barang meningkat, terutama bahan mentah, jadi peniaga pun tak boleh jual murah-murah. Kalau ada anak seorang dua pun, kena fikir banyak kali sebelum membeli,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa trend berbuka puasa di tempat terbuka seperti pantai dan taman awam kini semakin mendapat sambutan, sekali gus menjejaskan jumlah pelanggan di tapak moreh.

Dalam pada itu, dia turut menegur segelintir peniaga yang mengenakan harga tinggi tetapi kualiti makanan tidak setimpal.

“Ramai takut bayar mahal tapi kualiti makanan tidak setanding. Maaf cakap, ada segelintir peniaga yang belum layak berniaga. Kasihan pelanggan yang bayar mahal tapi hanya mendapat makanan dalam kuantiti sedikit dan kurang memuaskan,” katanya.

Namun begitu, beliau tetap menghargai usaha peniaga yang mengekalkan kualiti makanan dengan harga yang berpatutan.

Sementara itu, Fakhrul Krul pula melihat keadaan ini sebagai lumrah dalam dunia perniagaan, di mana jumlah peniaga yang lebih ramai berbanding pembeli menyebabkan persaingan semakin sengit.

“Bila peniaga lebih ramai daripada pembeli, persaingan semakin sukar dan ada gerai yang kurang mendapat sambutan,” katanya.

Baca Juga:
Wanita kecewa beli kuih keria tapi yang dapat ‘Keria Tanghulu’
Tular dakwaan nenek Ferdy Druijf orang Malaysia, ini respon tuan badan
Rupanya ini makna sebenar tulisan di kain kiswah pintu Kaabah