Netizen kata ada mirip Ira Kazar, ini komen Datin Alyah

Photo of author

By Syima Iza

Netizen kata ada mirip Ira Kazar, ini komen Datin Alyah. Disebalik kekecohan itu, penyanyi Datin Alyah telah memuatnaik video meminta agar warganet berhenti menyamakan wajahnya seperti orang lain.

Dalam video tersebut, Datin Alyah berkata meskipun setiap manusia dikatakan mempunyai tujuh wajah seiras di dunia ini, namun ia tidaklah perlu diberitahu tentang perkara itu dalam setiap video dikongsikannya.

Ujar Datin Alyah, netizen bukan sahaja menyamakan beliau dengan Ira Kazar, malah turut ‘tag’ nama wanita itu pada ruangan komen.

Netizen kata ada mirip Ira Kazar, ini komen Datin Alyah

“Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir tahun 81. Terpaksa pula ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu,” ujar beliau.

Rata-rata netizen yang menonton video itu terhibur dengan kenyataan Datin Alyah dan tampil dengan pendapat masing-masing.

@alyah81official🤣🤣🤣 saya ALYAH tau

♬ original sound – alyah81official

Netizen kata ada mirip Ira Kazar, ini komen Datin Alyah

Baca Lagi:
7 termasuk pegawai kanan polis bergelar ‘Datuk’ didakwa bunuh pemandu e-hailing
Mulai hari ini, tak perlu lagi lekat ‘roadtax’ – Anthony Loke
Wanita ini kongsi kisah sedih ditipu suami selepas berkahwin, rupa-rupanya hanya lakonan