Netizen Indonesia malu dengan negara sendiri selepas lihat video individu bercuti di Malaysia.
Orang ramai sering digambarkan bahawa pengguna jalan raya di Malaysia sering kali dianggap sebagai pemandu yang berbahaya.
Namun begitu, baru-baru ini seorang lelaki dari Indonesia telah berkongsi perspektif yang berbeza ketika dia bercuti di negara ini. Menurutnya, pemandu di Malaysia jauh lebih baik berbanding pemandu di Indonesia. Dia turut berkongsi beberapa sebab berdasarkan pemerhatiannya terhadap keadaan jalan raya di Malaysia.
“Sedikit cerita tentang pengalaman di Malaysia baru-baru ini. Cara pemanduan mereka sangat berbeza dengan di sini (Indonesia).
“Jarang sekali terlihat pemandu yang lambat di lorong kanan, kesesakan lalu lintas yang serabut, atau kenderaan diletakkan di bahu jalan. Semuanya kelihatan bergerak dengan teratur,” kata pengguna Instagram @jaenikurniadi.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, walaupun berlaku kesesakan lalu lintas, semua kenderaan tetap bergerak mengikut lorong masing-masing.
Bahkan, pemandu di Malaysia sangat bersabar ketika berada di belakang lori. Lori-lori tersebut akan segera menghimpit ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan di belakang untuk memotong.
“Semua orang juga faham bahawa lorong kanan adalah untuk memotong, jadi sepanjang berada di sini saya tidak pernah melihat pemandu yang lambat di lorong kanan,” tambahnya lagi.
Video yang dimuat naik oleh @jaenikurniadi itu telah meraih hampir 2,000 komen. Rata-rata netizen Indonesia menyokong kenyataannya.
Ada juga yang berpendapat bahawa sikap ini menjadi salah satu sebab mengapa Malaysia lebih maju berbanding Indonesia, dengan rakyatnya yang menunjukkan ciri-ciri berhemah di jalan raya.
“Memang wajar Malaysia pada tahun 2025 dinobatkan sebagai negara maju dari segi mentaliti dan ekonominya,” ujar salah seorang netizen Indonesia.