Nenek saman pasar sayur selepas terpijak bawang dapat pampasan RM53,000

Photo of author

By Syima Iza

Nenek saman pasar sayur selepas terpijak bawang dapat pampasan RM53,000.

Seorang nenek menerima pampasan sebanyak 86,000 yuan (RM53,000) selepas tergelincir dan cedera kerana terpijak hirisan bawang, lapor laman berita MSNews semalam.

Nenek berusia 62 tahun itu dianugerahkan pampasan oleh sebuah mahkamah di China selepas dia menyaman pasar sayuran di Nantong.

Nenek saman pasar sayur selepas terpijak bawang dapat pampasan RM53,000

Pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa tulang lengan kanan wanita itu retak selain mengalami kecederaan pada gigi dan pergelangan tangan yang menjejaskan keupayaan mangsa untuk bergerak atau menggunakan tangannya seperti biasa.

Pada mulanya, pengurusan pasar menuduh wanita itu cuai dan mendakwa dia memakai kasut tumit tinggi semasa kejadian.

Namun, siasatan polis menemui sisa putih di atas lantai yang disyaki hirisan bawang besar.

Mahkamah kemudian mengarahkan pasar tersebut membayar pampasan sebanyak 86,000 yuan selepas memutuskan bahawa kasut tumit tinggi bukan penyebab kemalangan itu.

Baca Lagi:
Isteri mental ‘Koyak’ buat status WhatsApp sampai suami merajuk berbulan-bulan
“Perodua mendunia”- Pengerusi Perodua dedah sesuatu bakal terjadi dengan kelab Manchester United
“Tak pernah masuk gelanggang, tapi ajar aku suruh tumbuk kanan, sepak kiri, aku tampar muka kau karang”