Nenek ditanam dalam pasir hitam di Acheh dakwa mampu sembuh penyakit strok, darah tinggi

Photo of author

By Syima Iza

Nenek ditanam dalam pasir hitam di Acheh dakwa mampu sembuh penyakit strok, darah tinggi. Bagi yang masih tidak tahu, masyarakat tempatan di Lam Dingin, Banda Aceh, Indonesia, percaya bahawa perubatan tradisional dengan menggunakan pasir hitam di kawasan pantai Syiah Kuala akan menyembuhkan penyakit strok dan darah tinggi.

Menerusi laporan readers.id, seorang warga emas, Rumiati dilihat sedang menjalani perubatan tradisional itu dengan ditimbun oleh pasir hitam.

Rumiati dipercayai telah menghidapi penyakit strok selama setahun tiga bulan, dia tidak mampu berjalan kerana sebahagian badannya lumpuh.

Selain menjalani rawatan perubatan di hospital, Rumiati mencuba untuk melakukan perubatan tradisional itu.

Nenek ditanam dalam pasir hitam di Acheh dakwa mampu sembuh penyakit strok, darah tinggi

“Saya telah menjalani proses rawatan ini selama 10 hari, saya mengalami sedikit perubahan dan saya dapat mula merasakan pergerakan di kaki kiri dan tangan kiri saya,” katanya.

Masyarakat di kawasan ini mempercayai ‘khasiat’ terapi apabila menggunakan pasir pantai itu yang dikatakan mengandungi mineral dan zat iodin yang dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit.

Ia juga dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah dalam tubuh manusia.

Kaedahnya hanya dengan duduk dalam lubang yang sudah digali dan timbunkan dengan pasir hitam di pantai itu, ‘dibantu’ oleh air laut yang dihempas ombak.

Selain sederhana, terapi pasir adalah penyelesaian yang murah bagi penduduk tanpa memerlukan kos yang mahal.

Dari segi perubatan, sukar untuk mempercayai bahawa penghidap strok dapat disembuhkan dengan menanam diri di pasir.

Namun, sebilangan penduduk yang mencuba perubatan alternatif ini mengakui bahawa mereka mengalami perubahan.

Baca Lagi:
Wanita menyesal berhenti kerja gaji RM4k kerana ikut perintah suami, sekarang jadi penganggur selepas dicerai suami
Waktu hidup jadi pengemis, selepas meninggal dunia terkejut rupanya wanita ini berstatus jutawan miliki harta RM4.3 juta dalam akaun
Rosmah Mansor isteri kedua Najib, tapi ramai tak tahu kisah sedih Puteri Zainah isteri Najib yang pertama