Nassuruddin angkat sumpah MB Kelantan hari ini

Photo of author

By Syima Iza

Nassuruddin angkat sumpah MB Kelantan hari ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd.Nassuruddin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang kesembilan hari ini.

Majlis tersebut dijadual berlangsung di Istana Negeri Kubang Kerian di sini pada pukul 3.30 petang.

Nassuruddin angkat sumpah MB Kelantan hari ini

Sumber memberitahu Utusan Malaysia hari ini, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang sebelum ini menggalas tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.

“Selain dua jawatan penting itu, hari ini turut berlangsung majlis angkat sumpah melibatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Seorang wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dilantik untuk jawatan Exco pada penggal kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Baca Lagi:
Panglima perang Pas bakal MB Kelantan?
Kru, penumpang diancam, Malaysia Airlines MH122 terpaksa berpatah balik
Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa ‘kantoi’ berlaku curang kali kedua