Nasib isteri ada pencen, bapa 5 anak cerita kemana pergi duit KWSP RM750,000 habis dalam masa 7 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Abdul Rahman Abdullah, seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung di Pantai Timur, menceritakan bagaimana duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 habis dalam tempoh tujuh tahun selepas persaraannya pada tahun 2017.

Lelaki berusia 64 tahun itu menjelaskan bahawa keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun dibuat selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama sebuah syarikat berpangkalan di luar negara.

Duit persaraan KWSP yang diterimanya adalah RM750,000, yang terdiri daripada RM500,000 dalam Akaun 1 dan RM250,000 dalam Akaun 2. “Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj,” kata Abdul Rahman kepada Sinar Harian.

Nasib isteri ada pencen, bapa 5 anak cerita kemana pergi duit KWSP RM750,000 habis dalam masa 7 tahun

Selain itu, sebanyak RM70,000 digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018.

Selebihnya habis digunakan bagi perbelanjaan harian seperti makan, minum, kos elektrik, air, internet, dan petrol kereta sepanjang bersara.

Abdul Rahman, bapa kepada lima anak, berkata bahawa dia membuat keputusan untuk mengubah suai rumah agar anak-anak yang sudah berkeluarga selesa apabila pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan.

Beliau juga menekankan bahawa kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan yang mahal menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis. “Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih,” tambahnya.

Abdul Rahman turut memberi nasihat kepada para pesara agar berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas bersara.

Beliau bernasib baik kerana isterinya, seorang pesara kerajaan yang berusia 62 tahun, menerima pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan mereka dalam menghabiskan usia tua.

Baca Juga:
Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah
Guru besar ‘kantoi’ curang, dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik
Anak sedang masak di dapur hidu bau busuk, rupa-rupanya pocong mengintai di balik tingkap