Nasib baik tak buta, guru cedera di mata kena lastik bapa pelajar kerana tegur anaknya hisap rokok

Photo of author

By Syima Iza

Nasib baik tak buta, guru cedera di mata kena lastik bapa pelajar kerana tegur anaknya hisap rokok.

Seorang guru di Rejang Lebong nyaris kehilangan mata kanannya kerana dilastik bapa seorang pelajar dalam satu kejadian, kelmarin.

Zaharman, 58, turut diancam dengan senjata oleh bapa pelajar tersebut.

Insiden itu berlaku selepas bapa tersebut tidak menerima anaknya ditegur oleh Zaharman kerana merokok di belakang sekolah ketika waktu pembelajaran.

Nasib baik tak buta, guru cedera di mata kena lastik bapa pelajar kerana tegur anaknya hisap rokok

Biarpun menjadi mangsa, Zaharman juga disiasat polis selepas pelajar tersebut membuat laporan polis mendakwa guru itu melakukan kekerasan terhadapnya.

Jurucakap polis Rejang Lebong, Denyfita Mochtar mengesahkan perkara berkenaan.

“Pelajar itu mendakwa Zaharman menendangnya di bahagian muka sebelah kiri.

“Pelajar itu turut membawa laporan perubatan mengenai kecederaan pada bahagiam pipinya.

Pelajar itu menegaskan dia tidak merokok seperti yang didakwa guru berkenaan,” kata Denyfita.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, polis masih mengumpul semua bukti bagi membolehkan pendakwaan dibuat.

Baca Lagi:
Kecoh janda berniqab tayang payudara semasa live TikTok, dapat banyak ‘gift’ dari lelaki sudah berkahwin
Gambar Syamsul dan Ira Kazar di Instagram diserang netizen, tak sampai seminit post terus padam
Warga Argentina minta sumbangan diesel untuk keliling dunia di RnR Temerloh, ramai tak puas hati masih ada yang hulur duit