Nasi goreng ‘laku keras’ selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu

Nasi goreng ‘laku keras’ selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu

Sebut sahaja nama Ronnie Hussein, pasti ramai sudah mengenali sosok yang cukup berbakat dalam industri hiburan tanah air.

Walaupun begitu, ramai peminat tertanya-tanya dimanakah kelibat Ronnie dan apakah perkembangan terkininya memandangkan dia kini kurang membuat penampilan sebagai penyanyi.

Terbaru, menerusi perkongsian video di TikTok Ezatul Azura, difahamkan Ronnie Hussein kini sedang berniaga di sebuah Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (BBU) di Johor.

Nasi goreng 'laku keras' selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Ronnie atau nama sebenarnya Shahron bin Hussein sempat mendendangkan sedikit lagu “Hanya Aku” oleh Hyper Act kepada pelanggan yang membeli nasi goreng di gerainya.

Nyanyian spontan daripada Ronnie menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya memuji bakat dan kelunakan suara Ronnie. Tidak kurang juga ada di antara peminat, akui terubat rindu selepas mendengar nyanyian daripada Ronnie. Mereka berharap agar Ronnie akan kembali aktif dalam industri hiburan.

@ezatul.azura Beli nasi Goreng , Abg Ronnie belanja satu lagu.. #bazarramadan #bazarbbu #ronniehussien #hyperact @Ronnie Hussein ♬ original sound – Ezatul Azura

Baca Juga:
Dr Akmal terima ugutan bunuh
Modal RM5 dah boleh raya tahun ini, netizen ucap terimakasih pada Mydin
Dua ekor gajah mengamuk rempuh orang ramai
CATEGORIES