“Nangis pun kahwin juga lagi” – BCL disindir netizen selepas menangis teringat arwah Ashraf ketika sesi ujibakat.
Sejak mendirikan rumah tangga, nama Bunga Citra Lestari tak lekang daripada menjadi sebutan ramai warganet di Indonesia malah mereka juga terang-terangan mempertikaikan pilihan hatinya untuk dijadikan suami iaitu Tiko Aryawardhana.
Menangis dengar peserta ujibakat nyanyi
Menerusi satu video yang tular semula baru-baru ini, BCL dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas mendengar salah seorang peserta ujibakat nyanyian.
BCL yang juga merupakan salah seorang juri menangis apabila mendengar peserta itu menyampaikan lagu berjudul Keabadian Rindu.
Mana tidaknya, bait-bait lagu tersebut sangatlah menusuk dan sudah tentu membuatkan BCL teringatkan saat gembira bersama arwah suami, Ashraf Sinclair.
View this post on Instagram
Nangis pun kahwin juga lagi
Langsung tidak peduli untuk menjaga perkataan dan kata-kata, netizen Indonesia sebaliknya menyindir BCL semula dan mengaitkan tentang perkahwinan terbarunya.
Sudah tentu semua tahu, lirik itu membuatkan BCL menangis teringatkan Ashraf namun mereka memerlinya kerana bernikah lagi selepas kematian suami.
Nangis nangis pun kahwin berpesta juga.
Bagaimanapun, sesetengah warganet memberi kata renungan agar peminat cuba menjadi lebih memahami kerana sangat sukar buat BCL untuk move on daripada Ashraf.