Nama Lim Kit Siang ranking no.1 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP

Photo of author

By Syima Iza

Nama Lim Kit Siang ranking no.1 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP

Tokoh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang, dan pingat kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Kit Siang, 83, yang pernah mengetuai blok pembangkang Parlimen dari 1974 hingga 1999 menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Nama Lim Kit Siang ranking no.1 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP

Pada tahun ini, seramai 142 individu bakal menerima penganugerahan darjah kebesaran manakala 1,204 lagi menerima bintang dan pingat kehormatan.

Mereka terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan tempatan, dan ahli badan sukarelawan dalam empat sesi istiadat yang dijalankan bermula esok hingga Khamis ini.

Penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN)

Seramai 28 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, antaranya:

  • Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang
  • Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour
  • Bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Abdul Mohamed Razak
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Rosli Isa
  • Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azman Ibrahim
  • Panglima Medan Barat Tentera Darat ke-24, Leftenan Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri

Penerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)

Seramai 10 individu menerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) serta 103 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk. Antara penerima DMPN adalah:

  • Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamaed Abdul Hamid
  • Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Muhammad Usuf Jan Mohamed

Antara penerima DSPN adalah:

  • Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman
  • Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Amarjit Singh Sarjit Singh
  • Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mohamed Shamir Abdul Aziz
  • Pengarah Kanan Perkongsian Perniagaan Asia, Micron Technology, Moorthy Murugaiah

Anugerah Lain

Nama Lim Kit Siang ranking no.1 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP

Seramai 102 individu menerima anugerah Darjah Johan Negeri (DJN) manakala 30 menerima Bintang Cemerlang Negeri (BCN). Pingat Gagah Perwira (PGP) dianugerahkan kepada Sarjan Mazlan Abdul Rahman yang menyelamatkan dua mangsa yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari lalu.

Baca Juga:
Polis ‘kantoi’ dicekup bekhalwat dalam bilik hotel, isteri mengaku pernah ditangkap dua kali
“Jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”- Pelakon Tony Eusoff trauma bertahun-tahun kerana dicabul kaum sejenis
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan Chef Wan, ‘bagi elaun adik-beradik RM3,000 seorang’