Nama dipetik rogol gadis, Tauke Jambu akhirnya buka mulut.
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila isu seorang pelawak ditahan atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 20-an mula tular. Nama Tauke Jambu turut dipetik sebagai individu yang terlibat dalam kes tersebut.
“Biar Betul?”
Menurut laporan mStar, Tauke tampil memberikan kenyataan balas dan menyatakan rasa terkejut dengan tuduhan tersebut. Walaupun kecewa dengan tindakan netizen, dia memilih untuk kekal tenang dalam menghadapi situasi itu.
“Individu itu bukan saya. Saya tahu tentang kes ini selepas ada netizen yang tag saya di media sosial,” jelas Tauke.
Dia turut menegaskan bahawa fitnah ini memberi impak besar terhadap reputasinya sebagai seorang selebriti, walaupun dia tidak bersalah.
Kekal Sabar dan Tidak Melatah
Tauke menjelaskan bahawa usianya yang semakin meningkat membuatkan dia lebih matang dalam menghadapi kontroversi.
“Bila usia makin meningkat, saya hanya nak fikir yang baik-baik saja. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.
Dia juga menasihati netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu tanpa mendapatkan fakta yang sahih terlebih dahulu.
“Kesannya kepada periuk nasi kami sebagai selebriti sangat besar. Saya hanya mampu reda, tapi saya yakin rezeki itu datang daripada Allah,” tambahnya.
Kontroversi Lama Masih Hantui
Tauke tidak menolak kemungkinan namanya dikaitkan dengan isu ini disebabkan kontroversi lampau yang pernah melibatkan dirinya.
“Walaupun saya tidak bersalah, netizen masih lagi memandang negatif. Impaknya besar kerana ia melibatkan maruah saya,” ujar Tauke dengan nada kecewa.
Walaupun begitu, dia berharap orang ramai dapat lebih bijak menilai sesuatu berita dan tidak terus menghukum tanpa bukti yang kukuh.
Fitnah bukan perkara kecil. Dalam dunia penuh informasi hari ini, kita perlu bijak menilai sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Jangan terus menuding jari, sebaliknya pastikan maklumat yang diterima sahih dan berfakta.