Nama Amira Othman dipetik, Fattah Amin cari wanita bujang.
Sekali lagi menarik perhatian ramai, pelakon Fattah Amin dilihat mencari wanita bujang serta berkongsi ciri-cirinya, seakan-akan sedang mencari calon pasangan hidup yang baharu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin telah memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sedang menerangkan ciri-ciri wanita yang dicari.
Fattah Amin mencari wanita bujang yang beradab.
Menurut aktor berusia 35 tahun itu, dia sedang mencari wanita yang berusia di bawah 30 tahun, seseorang yang bijak, pandai bercakap dan yang paling penting beradab.
“Sebenarnya sekarang ni, saya sedang mencari seorang wanita bujang, umur bawah 30-an. Kalau boleh dia ni adalah seorang yang bijak, pandai bercakap, happy go lucky, ceria dan yang paling penting beradab. “Dan kalau dia ni ada bakat lebih, lagi bagus. Contohnya pandai berlakon, pandai menyanyi, pandai hosting, ke,” katanya.
Nama Amira Otham turut dipetik, Fattah Amin mencari wanita bujang.
Rupa-rupanya, Fattah bukanlah mencari wanita bujang untuk dijadikan pasangan hidup namun aktor itu sedang mengiklankan jawatan kosong sebagai pengacara siaran langsung untuk Pak Mat Western.
“Sebab apa saya cari? Sebab sekarang ni, saya dan Pak Mat Western tengah mencari pengacara siaran langsung untuk tahun 2025. Jadi, kalau ada sesiapa yang ada keberanian untuk bercakap depan kamera, mungkin boleh mohon. Hantar resume korang di email kami,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memetik nama penyanyi Amira Othman dan menganggap dia merupakan calon yang sangat sesuai untuk jawatan tersebut.
Fattah Amin mencari wanita bujang, Amira Othman dilihat mempunyai pakej lengkap.
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meninggalkan komen bersetuju bahawa adab adalah ciri-ciri yang paling penting untuk mengambil jawatan tersebut.
Sebelum ini, Fattah telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western dan aktor tersebut kini merancang serta melaksanakan pembangunan, perkembangan, dan kemajuan strategi jualan. Selain itu, beliau juga dipertanggungjawabkan dalam pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial restoran tersebut.
Perlantikan ini dilakukan selepas Fattah bekerjasama dengan Pak Mat Western pada bulan Oktober lalu melalui platform penjualan atas talian secara siaran langsung.