Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar

Photo of author

By Syima Iza

Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar.

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan membaca kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Sudah memasuki tahun 2024, namun masih ada segelintir pengguna yang menjadi mangsa penipuan sesetengah penjual tayar kenderaan yang tidak bertanggungjawab.

Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan mengenal pasti tarikh pembuatan sesuatu tayar tersebut, antaranya dengan melihat kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zafran Mustafa telah berkongsi tips cara membaca kod dan tarikh pembuatan pada tayar kenderaan menerusi bebenang yang dimuat naiknya di laman X (Twitter).

Periksa kod tayar, ketahui kemampuannya

Setiap tayar kenderaan mempunyai kod yang tertera di bahagian tepi sebagai rujukan. Kod tersebut menunjukkan lebar, tinggi, radial, saiz rim, had maksimum beban dan tahap kelajuan yang dapat ditampung oleh tayar terbabit.

Berikut merupakan contoh kod tayar yang diberikan, 205/55/R16 91V:

  • 205 = Lebar
  • 55 = Tinggi
  • R = Radial
  • 16 = Saiz/Rim
  • 91 = Had Maksimum Beban
  • H = Speed limit (210km/h)

Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar

Huruf yang terakhir itu merupakan kod tahap kelajuan maksimum yang mampu ditampung oleh tayar, untuk memudahkan anda memahaminya, kami kongsikan gambar jadual kod tersebut di bawah.

Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar

Mengetahui tahap kemampuan tayar semasa memandu amat penting bagi mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan akibat tayar meletup dan sebagainya.

Periksa tarikh pembuatan tayar, elak beli tayar baru terlalu lama

Selain kod, tarikh pembuatan (manufacture) tayar juga penting. Ini kerana tayar yang terlalu lama meskipun masih baru tidak sesuai digunakan lagi kerana getahnya yang sudah keras.

“Tempoh penggunaan tayar adalah lima tahun maksimum dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada lima tahun masih boleh digunakan, tetapi tayar boleh jadi keras sebab getah tayar dah ‘expired’.

“Kalau korang tukar tayar baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini (2022 dan ke atas),” katanya.

Berikut merupakan contoh tarikh pembuatan tayar yang diberikan iaitu ‘0820’: Empat digit yang tertera di bahagian tepi tayar menandakan minggu ke berapa tayar tersebut dikeluarkan dan pada tahun bila.

Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar

Mengikut contoh tersebut, (08) menunjukkan tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke lapan pada tahun (20) 2020.

Mudah sahaja bukan cara memeriksa kod tayar dan tarikh pembuatannya? Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua yang ingin menukar tayar yang baharu.

Baca Lagi:
Budak 12 tahun jumpa azimat bentuk kumbang scarab Mesir berusia 3,500 tahun di Israel
“Hebat orang lama”- Rumah Pokwe terapung lagi buat kali yang ketiga musim banjir
Jurutera cipta mesin basuh manusia pertama di dunia