“Nak pergi Haji balik hari ke?”- Wanita terkedu kena bayar Teh O Ais Laici harga RM15.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli minuman teh O ais laici dengan harga RM15 di sebuah kedai makan.
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, @Lalinmoon, wanita tersebut mendakwa harga yang dikenakan untuk teh O ais laici itu terlalu mahal dan tidak berbaloi.
“Saya sangka harganya cuma sekitar RM8 paling mahal pun,” tulisnya dalam video tersebut.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga yang dianggap tidak munasabah, malah ada yang mendakwa pernah mengalami situasi serupa di kedai tersebut.
“Sebagai peminat teh O ais laici, saya boleh katakan ini memang mahal sangat,” ujar Ann.
“Saya pernah terkena juga. Saya makan mee goreng sahaja, tapi harga sampai lebih RM20. Masa itu saya makan dengan mak saya, jumlah keseluruhan lebih RM100 ya,” kata Wany.
“Dah terkena. Kawan ajak makan di situ. Masuk minum kopi secawan dan makan penkek lebih RM100. Taubat lepas tu tak pergi dah,” komen Haneem.