Nak menikmati sunset yang cantik? Ini 5 port yang paling best!

Photo of author

By Syima Iza

Nak menikmati sunset yang cantik? Ini 5 port yang paling best!

Dengan hanya menikmati keindahan alam seperti matahari terbenam, ia sememangnya satu terapi yang hebat untuk mereka yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan hidup. Terdapat banyak tempat menarik untuk menikmati matahari terbenam, tetapi berikut adalah antara lokasi terbaik!

Cameron Highlands, Pahang

Nak menikmati sunset yang cantik? Ini 5 port yang paling best!

Seperti di pergunungan Scotland Timur, ladang teh di Cameron Highlands menawarkan pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau!

Lokasi: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Pantai Klebang, Melaka

Dengan bukit pasir yang landai, tempat ini sering dikunjungi pelancong. Ketika matahari terbenam, suasana di sini terasa seperti berada di planet Mars, memberikan pengalaman seolah-olah berada di dunia lain.

Lokasi: Bukit Pasir Klebang, Jalan Klebang Besar, Melaka

Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur

Sambil menikmati hidangan, anda juga boleh menyaksikan matahari terbenam serta pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Lokasi: Tingkat 34 Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pantai Cenang, Kedah

Berjalan di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam, ini adalah salah satu lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong untuk melihat keindahan matahari tenggelam.

Lokasi: Pantai Cenang, 07000, Langkawi, Kedah

Gunung Kinabalu, Sabah

Pemandangan yang paling indah pastinya dapat dinikmati di kawasan yang tinggi. Mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke tempat rehat di pertengahan gunung, Laban Rata, memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Lokasi: Gunung Kinabalu, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Jika anda memerlukan terapi seperti ini, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat yang dicadangkan ini. Nikmatilah keindahannya!

Baca Juga:
Lelaki rebah sakit jantung terkejut menang jackpot RM18 juta
Hikmah terselamat daripada tanah jerlus di Masjid India, lelaki ini masuk Islam selepas kejadian
Pengunjung taman tema menjerit ketakutan tergantung di ketinggian 74 meter ketika ribut