Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri

Photo of author

By Syima Iza

Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri. Zaman sekarang memang sering kedengaran kisah kecurangan suami, yang memilih untuk menduakan isteri hanya kerana alasan lemah.

Hujah seperti isteri tak pandai masak, isteri dah tak cantik di mata atau si suami rasa dia berhak mengejar bahagia sudah jadi hujah-hujah biasa jantan sebegini. Mungkin dek rumahtangga yang kurang bahagia, mereka tergamak mencari 1001 sebab untuk menghalalkan tindakan mereka.

Namun di luar sana, masih ramai lelaki yang sebenarnya setia tak berniat ingin menduakan teman kita melainkan wujud situasi di mana ada keperluannya suami menikah pilihan kedua.

Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri

Berikut adalah 5 hujah yang boleh diterima isteri jika suami nak kahwin dua, tanpa perlu sesiapa pun saling kasar-mengkasari, sehingga lebam muka.

1. Isteri tidak boleh mengandung

Di kalangan wanita, memang ada di antara mereka yang tidak bernasib baik tidak boleh mengandung. Ada banyak sebab kenapa situasi sebegini boleh berlaku dan semuanya berkait dengan kesihatan.

Jika anda rajin membaca pandangan pakar sakit puan, pasti anda sedar ramai pasangan telahpun berusaha sehabis mungkin bergolok gadai harta demi cuba mendapatkan zuriat.

Ada yang sempat mengandung hanya sebulan dua sebelum gugur. Ada yang langsung tak pernah berjaya mengandung langsung walaupun tiap malam mencuba dan langsung tak diketahui apa sebabnya.

Memang sedih untuk seorang suami menyuarakan hasrat berkahwin dua, hanya kerana terlalu inginkan zuriat. Tetapi dalam keadaan ini kami yakin si isteri sekurang-kurangnya mampu menerima takdir dan alasan.

Memang ada pilihan untuk mengambil anak angkat, tetapi si suami juga berhak bersuara sekiranya dia rasa cenderung kahwin isteri kedua.

2. Isteri sakit dan hilang upaya

Tak ada orang mendoakan kesakitan menimpa ahli keluarga, khususnya isteri yang disayangi namun jika takdir sudah tertulis, suami yang sihat perlu menguruskan hidup tanpa bantuan isteri yang jelita.

Suami kemampuannya dalam perkara sebegini agak terhad, walaupun dia bergelar ketua keluarga. Ada banyak aspek dalam keluarga khasnya dalam menguruskan anak-anak, yang lebih sesuai diuruskan si isteri.

Seorang isteri biasanya dah tahu apa kekuatan dan kelemahan suaminya. Dalam situasi di mana seseorang isteri jatuh gering berbulan-bulan lamanya, tanpa ada perubahan positif – adalah disyorkan agar si suami berkahwin dua.

Beban menjaga isteri yang terlantar baik di rumah atau di hospital mampu ditanggung sama-sama. Yang penting sebelum si suami melamar, ceritakan dulu latar belakang keluarga supaya perempuan itu tak terkejut pula.

Memang tak ramai wanita sanggup tiba-tiba kena menjaga orang lain, tetapi kami yakin masih ada wanita yang sanggup melakukannya.

3. Isteri dah tunggu masa meninggal dunia

Adegan sebegini biasanya dapat kita lihat dalam drama atau filem sahaja. Seorang pasangan baik lelaki atau wanita, sanggup menjodohkan suami sendiri dengan wanita lain demi kebahagiaan suami, kerana tahu dia hayatnya tak lama.

Lihat saja filem klasik Hindustan ‘Kuch Kuch Hota Haai.’

Zaman sekarang disokong oleh kemajuan teknologi perubatan yang moden, para doktor sudah mampu menganggarkan dengan baik berapa lamakah lagi masa yang ada untuk seseorang yang sakit ada di dunia.

Mungkin si suami yang berdepan kesedihan, takut untuk meremukkan hati isterinya yang bakal pergi. Dah lah sedang sakit, suami minta izin kahwin lain pulak!

Walau bagaimanapun jika kasih sayang di antara anda berdua benar-benar ikhlas, kami yakin si isteri yang sudah tahu anggaran baki harinya akan mula mengusahakan agar si suami tidak bersendirian selepas meninggal dunia – walaupun si suami tak buka mulut bersuara.

4. Isteri tak mampu tanggung kemahuan suami

Anda pernah berhadapan dengan situasi di mana seorang isteri akhirnya merelakan suaminya berkahwin dua, disebabkan oleh tak mampu menanggung beban ‘melayani’ suami yang perlu kerap terjadi.

Jangan ingat kisah sebegini hanya rekaan fantasi. Realitinya, situasi seperti ini memang benar-benar berlaku dan memaksa isteri meluangkan banyak masa untuk bersama.

Dalam situasi ini, besar kemungkinan sebelum suami buka mulut nak suarakan permintaan pun ada isteri yang cadangkan kepada suami supaya kahwin lain.

Bagaimanapun harus kami ingatkan, alasan ini hanya terpakai sekiranya seorang isteri benar-benar dah tak berdaya melayan nafsu kuda suami. Jika anda seorang suami yang hanya mampu beraksi selama 2 minit setiap 1 bulan sekali, jangan mimpilah nak berharap perkara ini terjadi.

5. Rasa simpati pada wanita lain

Dalam era di mana aktivis kewanitaan mahu masyarakat melihat wanita duduk dan berdiri setara dengan lelaki, realitinya pegangan sebegini sebenarnya mewujudkan lebih banyak ancaman kepada diri wanita.

Sebuah keluarga yang hanya tinggal si ibu dengan anak-anaknya disebabkan perceraian, jauh lebih berisiko berhadapan bahaya jika dibandingkan dengan sebuah keluarga yang ada si bapa melindungi isteri dan anak-anaknya.

Itu fakta yang tidak boleh kita ubah.

Seandainya anda seorang wanita dan anda ada kawan yang perlu meneruskan hidup sendirian sebagai seorang janda, pasti anda rasa kagum dan juga gusar memikirkan bagaimana dia melakukannya. Begitulah juga dengan seorang lelaki.

Kami bukanlah nak kata wanita tak mampu jaga diri dan keluarga, tetapi dengan adanya seorang lelaki dalam hidup mereka – situasinya akan jadi berbeza. Siapa patut melindungi wanita-wanita dan anak-anak mereka, yang duduk dalam kategori ini?

Suami anda lah. Apa kata anda suarakan sendiri cadangan kami ini. Barulah masyarakat kita semakin madani.

Baca Lagi:
Disangkan punca nahas, pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam
Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali
Pelancong londeh seluar di puncak Gunung Agung cetus kemarahan penduduk