Nak kahwin dengan duda bercerai hidup, kaum hawa disaran berhati-hati kena ambil tahu sejarah penceraian

Photo of author

By Syima Iza

Nak kahwin dengan duda bercerai hidup, kaum hawa disaran berhati-hati kena ambil tahu sejarah penceraian.

Di saat kebanyakan gadis mengimpikan bertemu jodoh dengan lelaki idaman, mungkin berlaku sebaliknya.

Bagi mereka yang bujang, sudah pasti teruna menjadi pilihan, namun tiada siapa dapat menghalang jika ditakdirkan berjodoh dengan duda atau bekas suami orang.

Nak kahwin dengan duda bercerai hidup, kaum hawa disaran berhati-hati kena ambil tahu sejarah penceraian

Mungkin tiada banyak masalah jika lelaki itu duda tanpa anak, tetapi situasi tentu berbeza jika dia mempunyai cahaya mata.

Seorang wanita berkongsi beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaum Hawa sekiranya berhasrat untuk berkahwin dengan duda.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, saranan disampaikan bertujuan memastikan wanita mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tepat dan tidak mengecewakan di kemudian hari.

“Nak kahwin dengan duda yang bercerai hidup dengan bekas isteri, pastikan ambil tahu sejarah penceraian. Mungkin dia culas dalam soal nafkah, panas baran, suka pukul isteri, curang, dan kuat menipu isteri.
“Segelintir duda yang bercerai hidup ni lebih cenderung memburukkan bekas isteri, dan awak pun percaya bulat-bulat,” katanya.

Wanita itu juga menyarankan kaum Hawa yang ingin berkahwin dengan duda supaya berfikir sejenak bahawa tiada perempuan di dunia ini yang ingin menjadi janda jika suaminya seorang individu yang baik.

“Ambil tahu berapa bilangan anak dan bagaimana dia menafkahi tanggungan sebelum ini. Jika nafkah anak diabaikan, bagaimana dia nafkahi anakmu kelak?” soal wanita itu sebagai peringatan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ada yang menyokong pendapatnya dan ada juga yang berpandangan sikap isteri juga boleh menjadi punca penceraian.

Nak kahwin dengan duda bercerai hidup, kaum hawa disaran berhati-hati kena ambil tahu sejarah penceraian

“Bukan semua penceraian berpunca daripada pihak lelaki. Dunia akhir zaman pihak perempuan ramai selingkuh alasan faktor ekonomi tetapi ada orang ketiga.

“Pergi ja mahkamah syariah sesi pagi, dengar apa yag diceritakan ngeri bila tengok alasan cerai ni. Isteri ada skandal dengan bekas kekasih sekolah la, skandal dengan kawan pejabat la.

“Tetapi di pages Facebook tertentu digambarkan wanita begitu suci. Lelaki memang ada yang buat hal tapi harus diingat tak kan menjadi skandal jika perempuan tu tak melayan.

“Kenyataan berat sebelah, banyak juga kes cerai berpunca dari isteri tetapi tak kecoh. Tiba-tiba suruh check kenapa dia jadi duda, yang jadi janda tu tak perlu cek jugakah” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi:
Minah Saleh terkejut dengar jawapan ChatGPT tentang siapa 3 individu paling berpengaruh di dunia
Perjalanan kereta api paling panjang dan lama di dunia, makan masa lebih 21 hari
Proton Wira jadi ‘King’ baharu, selamba redah banjir di Kelantan buat netizen kagum