“Nak cium-cium balik rumah la woi” – Penumpang bas bengang pemandu wanita bercumbu ketika memandu bas, lewat tiba 3 jam

“Nak cium-cium balik rumah la woi” – Penumpang bas bengang pemandu wanita bercumbu ketika memandu bas, lewat tiba 3 jam

“Nak cium-cium balik rumah la woi” – Penumpang bas bengang pemandu wanita bercumbu ketika memandu bas, lewat tiba 3 jam

Kedua-dua pekerja itu telah dikenakan hukuman berbentuk potongan gaji terakhir selain dibuang kerja serta-merta oleh syarikat berkenaan.

Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, sebagai pekerja kita harus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi dan amanah.

Buat individu yang bekerja dalam sektor perkhidmatan, sudah pastinya servis yang terbaik menjadi sasaran utama dalam memastikan tugas dapat dilakukan dengan sempurna.

“Nak cium-cium balik rumah la woi" - Penumpang bas bengang pemandu wanita bercumbu ketika memandu bas, lewat tiba 3 jam

Namun, masih terdapat segelintir pekerja dalam bidang ini yang tidak bertanggungjawab malah melakukan perkara keji hingga mencalarkan imej syarikat.

Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu Bas, Lambat Tiba
Terbaharu, tular di media sosial video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh seorang pemandu bas wanita bersama pekerja dari syarikat yang sama.

Menerusi rakaman video yang dipercayai dari penumpang bas berkenaan, kelihatan pekerja lelaki itu menyuakan mukanya ke pemandu wanita tersebut ketika kenderaan itu sedang bergerak.

Apa yang lebih menyakitkan hati penumpang terbabit adalah bas tersebut sepatutnya bergerak pada jam 3.00 petang namun hanya tiba pada jam 6.00 petang.

“W*r*s** Ekspress! Larkin ke Terminal Bersepadu Selatan, bas 3.00 petang, dah la lambat, pukul 6 petang baru sampai.

“Tiada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ini? Servis teruk! Yang bawa tu perempuan.

“Nak cium-cium balik rumah la woi,” tulis pemilik video berkenaan

Memandu Secara Bahaya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)


Malah, menerusi video berasingan, penumpang berkenaan turut merakamkan cara pemanduan yang berbahaya oleh pemandu itu.

“Yang sorang bawak bas, sorang tolak gear? Siapa bawa bas macam ni hawau?” tulisnya lagi.

Syarikat Bas Jalankan Siasatan, Tindakan Telah Diambil
Memetik Majoriti, jurucakap syarikat bas yang dikenali sebagai Rex mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.

“Kami baru maklum akan kejadian itu dan siasatan akan dilakukan terhadap video tular berkenaan.

“Harap orang ramai tidak kongsikan rakaman itu dan tindakan akan dikenakan terhadap pemandu sekiranya dia didapati bersalah,” katanya.

Malah, kedua-dua pekerja itu telah dikenakan hukuman berbentuk potongan gaji terakhir selain dibuang kerja serta-merta oleh syarikat berkenaan.

Tambahnya lagi, kelas latihan memandu tambahan pada setiap bulan akan diadakan ekoran daripada insiden tersebut.

Baca Lagi:
‘Datuk botak’ dalang utama 4 Ahli Parlimen PN sokong Anwar – Ahli Parlimen Machang
Toyota lancar model Alphard 2024 secara rasmi di Malaysia, harga RM538,000 tanpa insurans
Ahli parlimen Gua Musang akhirnya buka mulut kenapa sokong Anwar
CATEGORIES