‘Naik lif pakai niat?’ – Penghantar makanan pening naik lif tiada butang nombor

Photo of author

By Syima Iza

‘Naik lif pakai niat?’ – Penghantar makanan pening naik lif tiada butang nombor.

Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas lif yang dinaikinya tidak mempunyai butang nombor.

Menerusi hantaran @the.risss_ di TikTok, lelaki tersebut memaparkan video dia berada dalam lif untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

'Naik lif pakai niat?' - Penghantar makanan pening naik lif tiada butang nombor

Terdapat tiga butang pada panel lif itu iaitu butang untuk membuka dan menutup pintu selain butang kecemasan. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada penghantar makanan tersebut.

“Tak pernah aku naik lif, nak tekan (butang) tingkat berapa, tetapi tiada butang. Lif ini naik tingkat berapa, kau pakai niat saja,” katanya.

Perkongsian video tersebut meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan rata-rata mereka berasa terhibur dengan situasi itu dan meninggalkan komen mengusik.

“Kalau niat itu tak kesampaian, macam mana?,” kata Siti Rizal.

“Hari itu dah pakai niat, dik tapi lif itu cakap niat saya tak ikhlas, lif suruh saya naik tangga,” usik Azmi Asikin.

“Lif private (peribadi) ni. Kondominium mewah je ada. Memang pemilik unit ada akses kad untuk tingkat rumah dia,” terang Fadhadlamya tentang bagaimana lif itu berfungsi.

@the.risss_ #fyp #xybca #masukberanda #4u ♬ original sound – TheFaini

Baca Lagi:
Vokalis wanita tendang kepala penonton ketika persembahan dikecam netizen
Puasa & raya dah dekat, ini cara paling senang kumpul duit dalam tempoh 2 bulan
Digelar ‘Sotong stawberi’ kerana berwarna merah jambu, badan berbintik seperti manik