Nachos dicampur dengan nasi lemak undang kecaman netizen

Photo of author

By Syima Iza

Nachos dicampur dengan nasi lemak undang kecaman netizen.

Makanan jajan nachos yang dicampur dengan nasi lemak telah ‘ditentang’ oleh netizen yang menganggap gabungan makanan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Nachos yang kini menjadi makanan trend jalanan, dicampur dengan daging cincang dan diubah suai menjadi hidangan nasi lemak, telah menyebabkan kemarahan ramai.

Nachos dicampur dengan nasi lemak undang kecaman netizen

Walaupun ada yang teruja dengan ciptaan resepi itu, ramai juga berpendapat bahawa gabungan makanan sebegini semakin melampau dan tidak wajar.

“Makanan pun dah ‘murtad’, diolah mengikut selera rakyat Malaysia menyebabkan obesiti. Makan ‘cacamarba’. Belum umur 35 tahun, buah pinggang sudah rosak. Sudah-sudahlah makan makanan merapu macam ini,” nasihat Syamsul Nazri.

“Tolonglah jangan ada yang sokong. Merapu sangat. Malaysia kaya dengan pelbagai makanan sedap. Jangan cipta makanan yang tidak masuk akal macam ini. Sedihlah,” ujar Shazriena Zulkifli.

“Ini dah melanggar hukum nasi lemak,” luah Nurul Hadirah.

Baca Lagi:
Nampak macam kelakar tapi berhasil, ini cara orang Jepun cari kucing hilang
Hukum kumpul patung Labubu bagi umat Islam yang ramai belum tahu
Ramai yang tak tahu, ini ‘trick’ nak jimat hingga RM25,000 bila beli kereta baharu