Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri

Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri

Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri. Dua pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah treler yang membawa muatan kereta di Kilometer (KM) 21.3 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Selatan, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.52 tengah hari itu, dua buah treler tersebut difahamkan dari Rawang menuju ke Klang.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila treler di belakang merempuh sebuah lagi treler yang dipandu perlahan di lorong kiri.

Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri

“Akibat daripada rempuhan terbabit, kedua-dua treler mengalami kerosakan dan mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi jatuh dan terbalik di lokasi,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Fakhrudin berkata, kedua-dua pemandu mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang ditalian 013-9003499 bagi membantu siasatan,” katanya.

Baca Lagi:
Seram! Misteri suara perempuan menyanyi di Villa jam 2 pagi cetus tanda-tanya
Pelik tapi benar! singa jantan terkurung dalam sangkar selama 5 tahun terlupa cara ‘mengaum’
Pemancing terpaksa makan sotong hidup, bertahan selama 14 jam hanyut di laut
CATEGORIES