Myvi bertembung Honda Stream, 6 maut dalam perjalanan berkelah di Mersing

Photo of author

By Syima Iza

Myvi bertembung Honda Stream, 6 maut dalam perjalanan berkelah di Mersing. Enam maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah Perodua Myvi dinaiki lapan individu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika kejadian Perodua Myvi terbabit dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kahang untuk berkelah di pantai Air Papan Mersing.

Kemalangan itu turut menyebabkan lima yang lain cedera masing-masing daripada kedua-dua kenderaan terbabit.

Myvi bertembung Honda Stream, 6 maut dalam perjalanan berkelah di Mersing

Lima daripada korban nahas itu disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, sebentar tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsul Amri Mohd Shahab berkata lima mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11 dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23.

“Mayat semua lima mangsa terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Myvi bertembung Honda Stream, 6 maut dalam perjalanan berkelah di Mersing

“Tiga lagi yang cedera dalam Perodua Myvi itu membabitkan dua dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Turut cedera pemandu dan dua penumpang di dalam sebuah lagi kenderaan terbabit kemalangan iaitu Honda Stream termasuk kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun,” katanya.

Baca Lagi:
Puas hati aku! Kalau semua berani buat macam ni, rasanya tak ramai yang berani nak cucuk untuk Tol Free
Tandas senget, ramai pening macam mana nak ‘membuang’
Jurutera pertanian cipta ladang jagung berwajah Messi