Mydin beri ‘green light’ benarkan Khairul Aming ambil barang untuk bantu mangsa banjir.
Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memudahkan urusan pempengaruh, Khairul Aming, untuk meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat yang terkesan.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak yang awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.
Situasi banjir yang semakin kritikal melanda negeri Kelantan kini telah menyebabkan hampir 100,000 mangsa terkesan.
Keadaan ini mendapat perhatian ramai, termasuk pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan seperti Khairul Aming yang turun padang membantu mangsa banjir.
Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, melalui Instagram miliknya memaklumkan bahawa sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam beliau berjaya mengumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa banjir.
@butterrrrflys #khairulaming #datoameeralimydin #ameeralimydin ♬ bunyi asal – 𝘊𝘪𝘬𝘕𝘢🦋