Musytari diramal muncul di langit bermula jam 7.35 malam ini

Photo of author

By Syima Iza

Musytari diramal muncul di langit bermula jam 7.35 malam ini.

Orang ramai berpeluang untuk melihat planet Musytari yang dijangka akan muncul di bahagian timur langit hari ini.

Planetarium Negara dalam satu kenyataan berkata, planet tersebut akan berada pada kedudukan ‘Istiqbal’ iaitu tepat di belakang Bumi dan bertentangan dengan matahari bermula pada pukul 4.50 pagi.

Musytari diramal muncul di langit bermula jam 7.35 malam ini

“Mulai pukul 7.35 malam, planet Musytari akan kelihatan muncul di timur dan akan berada di langit sehingga pukul 6.35 pagi, Isnin depan.
“Pada pukul 1.05 pagi (Isnin), Musytari akan berada pada kedudukan paling tinggi di langit iaitu 71 darjah di langit sebelah utara,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, jelas kenyataan tersebut, penampakan planet bergantung kepada keadaan cuaca semasa semasa pencerapan.

Baca Lagi:
Rezeki selepas beli rantai emas kepada isteri, lelaki menang cabutan bertuah RM4.3 juta
Wanita Indonesia dedah tinggal di Malaysia 20 tahun berniaga rojak dikecam orang ramai
Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!