Muslim Ahmad raih kemenangan sulung, lakukan serangan ‘lutut’ menang TKO

Photo of author

By Syima Iza

Bekas pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad, menampilkan semangat perwira apabila melakar kemenangan pertama dalam pertembungan Muay Thai semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu yang juga bekas pemain Sri Pahang FC melakukan serangan ‘lutut’ ke arah lawan sebelum mendapatkan kemenangan ‘TKO’ di pusingan kedua dalam saingan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah.

TKO! Muslim Ahmad ‘lutut’ lawan hingga tumbang, langkah kanan dari padang bola ke gelanggang Muay Thai.

Muslim Ahmad raih kemenangan sulung, lakukan serangan 'lutut' menang TKO

Perkembangan itu dikongsikan laman Facebook Kelantan MuayThai Channel yang memaparkan poster perlawanan T-Fight 2.8 antara Muslim Ahmad menentang Atingpe
Malah, laman Facebook rasmi T-Fight turut berkongsi video beliau tengah giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan itu.

Baca Juga:
Rupanya ini fungsi butang “Release” di gear Proton Saga yang masih ramai tak tahu
Bayi hampir maut, suami isteri sedang ‘khayal’ dadah bancuh susu dengan syabu
Wanita Aceh ‘sekolahkan’ rakan sekampung kerana kutuk Malaysia