Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler

Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler

Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler. Separuh badan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hancur akibat dilenyek sebuah lori treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Mangsa maut serta-merta ketika menaiki motosikal bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 54 dan tujuh tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Morni Mamat, wanita dan kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler

“Bomba menerima panggilan pada pukul 11.25 pagi sebelum menggerakkan sepasukan penyelamat dari Balai Bomba Pelabuhan Klang ke tempat kejadian.

“Mangsa seorang wanita jiran kepada kedua-dua beradik itu membantu membantu mengambil mereka pulang dari sekolah dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda Dash sebelum terlibat kemalangan dengan lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan dan tindakan selanjutnya.

Baca Lagi:
Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai
Lelaki melompat teruja apabila Agong singgah minum cendol di kedainya
Boleh guna kad debit, kredit bayar tol di empat lebuh raya
CATEGORIES