Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan

Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan

Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan.

Seorang murid darjah 3 mencuri perhatian netizen apabila memberi hadiah barangan berjenama kepada rakan sekelas dan guru kelasnya.

Menerusi perkongsian video TikTok @nurashikindin, anaknya mahu menghadiahkan sesuatu kepada semua rakan sekelas termasuk guru kelas pada hari akhir persekolahan.

Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan

Jadi beliau dan suaminya mencari barangan yang sesuai dijadikan hadiah sebagai tanda ingatan apabila anak mereka tidak belajar di sekolah itu lagi.

Kira-kira 20 murid sekelas mendapat hadiah Smiggle, manakala guru kelasnya mendapat hadiah barangan jenama Kate Spade.

Menurut hantaran video itu, pelajar darjah tiga itu bakal berpindah dari sekolah kebangsaan ke sekolah Islam intergrasi.

“Terima kasih abang. Nanti di sekolah baru abang jaga adik- adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abang. Sama-sama pakai jubah.

@nurashikindin Perpisahan Abg Hafiz Harith dengan kawan-kawan sekolah dia 🫶. Dia request nak bagi hadiah untuk kawan kawan dia. Momydady turuti je. Sebak , sedih kami laki bini haa. Memori bersama selama 3tahun akhirnya berakhir. Harith banyak kali cakap tak nak pindah sekolah tapi dia tahu momydady nak yg terbaik untuk dia. Terima kasih abg. Nanti di sekolah baru abg jaga adik- adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abg. Sama2 pakai jubah 🫶🏻 Hafiz harith officially signing off sekolah kebangsaan ❤️. #sekolahakhirtahun #tahun3 ♬ memoritercipta.NurLiyanaSyarina. – nur liyana syarina

“Hafiz Harith officially signing off sekolah kebangsaan,” ujar @nurashikindin.

Hantaran video itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan. Ramai warganet tersentuh melihat murid lelaki itu hadiahkan barangan berjenama sebagai tanda ingatan.

Ramai warganet mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan lagi rezeki kedua ibu bapa murid tersebut kerana sudi berkongsi rezeki bersama orang lain.

Ada juga bertanya kepada @nurashikindin apakah hadiah jenama Smiggle yang anaknya hadiahkan kepada murid lain. Jawabnya ringkas – kotak pensel, set alat tulis, botol air atau beg makan tengah hari.

Dalam pada itu, @nurashikindin turut mendoakan penonton-penonton videonya dimurahkan rezeki dan boleh berkongsi sama rezeki dengan orang lain.

Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan

Baca Juga:
“Masa ini lah elok pihak berkuasa buat operasi!”- Netizen rasa malu bukan macam negera Malaysia
Cara betul simpan tepung agar tahan lama dan tiada ulat datang bersarang
Guru tergaman terima hadiah rantai emas dari murid kelas darjah 6
CATEGORIES