Murid darjah 1 kena tampar dengan guru wanita setelah tuduh rakan curi surat

Murid darjah 1 kena tampar dengan guru wanita setelah tuduh rakan curi surat

Murid darjah 1 kena tampar dengan guru wanita setelah tuduh rakan curi surat.

Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang murid darjah satu ditampar guru wanita di sebuah sekolah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun bahawa anak lelakinya memberitahu ditampar oleh seorang guru.

Murid darjah 1 kena tampar dengan guru wanita setelah tuduh rakan curi surat

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 5.50 petang ketika murid berusia 7 tahun itu bersama rakan sekelasnya berada di dewan sekolah selepas selesai acara sukan.

“Seorang guru wanita kemudian bertanya kepada semua murid berkenaan surat pemberitahuan hari sukan yang sudah diberikan sebelum mangsa memberitahu suratnya hilang dan dipercayai dicuri oleh rakannya.

“Bagaimanapun, sewaktu siasatan dilakukan, didapati surat berkenaan ada di dalam beg mangsa dan guru tersebut menegur mangsa supaya tidak menuduh orang lain tanpa bukti kukuh lalu menampar pipi kanak-kanak itu.

“Akibat ditampar, kanak-kanak itu mengalami sedikit bengkak dan tanda kemerahan di pipi kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, polis akan merakam percakapan guru yang terlibat dan saksi-saksi yang boleh membantu siasatan.

Jelasnya, pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis juga mengesan satu surat pemeriksaan doktor dan gambar kecederaan mangsa yang tular di media sosial, justeru polis menasihatkan orang awam tidak menularkan surat itu di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Baca Lagi:
Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi” – Ibu Ameera Khan selar pihak menuduh anaknya berjudi lumba kuda
“Jangan buat-buat tahu, jangan tokok tambah cerita” – Mondy selar bapa selepas tampil mohon maaf kepada Ebit Lew
17 tahun ketagih syabu, kini lelaki ini jadi ‘tauke’ kambing yang berjaya
CATEGORIES