Murid anak yatim beri hadiah mempelam sempena hari perpisahan guru besar undang sebak

Photo of author

By Syima Iza

Murid anak yatim beri hadiah mempelam sempena hari perpisahan guru besar undang sebak.

Sekolah diibaratkan sebagai rumah kedua bagi murid-murid, manakala para guru pula bagaikan ibu dan ayah yang mendidik serta menjaga mereka.

Eratnya ikatan antara mereka bagaikan sebuah keluarga, tidak hairanlah ada murid yang menitiskan air mata tatkala perpisahan atau persaraan berlaku.

Murid anak yatim beri hadiah mempelam sempena hari perpisahan guru besar undang sebak

Seperti murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Marang, Terengganu, yang berasa sebak dan sayu pada hari perpisahan guru besar sekolah mereka.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh Zamri Mat KL, seorang murid Tahun Enam sempat memeluk pentadbir sekolah tersebut semasa sesi bersalaman sambil menghamburkan air mata.

“Juraian air mata menjadi saksi kasih sayang guru besar dan perasaan sayang yang dipupuk daripada anak-anak SK Seberang Marang sepanjang enam tahun perkhidmatannya, mengiringi hari perpisahan di dewan mulia D’Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024,” kongsinya.

Dalam suasana penuh emosi, guru besar, Cikgu Zakaria Omar, dilihat meluangkan masa lebih lama dengan murid yang berstatus anak yatim itu.

Lebih menyentuh hati, pelajar berkenaan sempat memberikan hadiah yang sederhana tetapi bermakna kepada guru kesayangannya itu.

@sinarbestarimy Sedih namun apakan daya setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Selamat bertugas di sekolah baru cikgu. Pastinya murid di sekolah lama akan merinduimu. Kredit: Zamri Mat KL #sinarbestari #pendidikan #gurubesar #perpisahan #majlisperpisahan #skseberangmarang #terengganu #kpm #fadhlinasidek #fypシ゚ #trending #viral #viralvideo ♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

“Kisah seorang anak yatim yang memberikan hadiah seadanya, beberapa biji buah mempelam, sebagai hadiah kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayanginya,” kongsi Zamri.

Sebak menyaksikan perkongsian itu, warganet meluahkan rasa bahawa ini adalah bukti keikhlasan guru tersebut dalam mendidik dan menyantuni pelajarnya.

Mereka berkata:

“Mesti guru besar ini mempunyai sifat seorang ayah dalam mendidik.”

“Jarang sekali murid akan menangisi pemergian seorang guru besar.”

“Mabruk buat guru besar tersebut.”

“Tentu guru besar ini luar biasa, kerana sangat disayangi oleh murid-muridnya.”

“Allahuakbar, bukan setakat kasih sayang seorang guru kepada murid, tetapi seperti kasih seorang ayah kepada anak-anaknya.”

“Mesti sangat baik guru ini. Jarang budak-budak rapat dan sayang kepada guru besar. Tahniah cikgu, anda adalah pendidik sejati.”

“Sebaknya. Orang baik memang ramai yang sayang.”

Baca Juga:
Gambar terbaru Ira Kazar di IG buat ramai terpegun, cantik macam orang Turki
“Love you sayang” – Kekasih Allahyarham Nidza belum mampu ‘move on’
Wanita perlu tahu ini 5 ciri lelaki yang perlu dielak dijadikan pasangan hidup