Murid 12 tahun diliwat 30 kali dalam bilik, tandas asrama oleh rakan sebilik

Murid 12 tahun diliwat 30 kali dalam bilik, tandas asrama oleh rakan sebilik

Murid 12 tahun diliwat 30 kali dalam bilik, tandas asrama oleh rakan sebilik.

Seorang murid tahun enam melalui detik hitam apabila diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebilik sebuah asrama lelaki mualaf di Melaka Tengah di sini, sepanjang Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tindakan nafsu songsang suspek pemuda berusia 20 tahun itu berlaku ketika mangsa sedang tidur dan ketika berada di tandas asrama berkenaan.

Murid 12 tahun diliwat 30 kali dalam bilik, tandas asrama oleh rakan sebilik

Gambar hiasan

Menurutnya, perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa akhirnya menceritakan perkara itu kepada bapanya Ahad lalu selepas tidak tahan sering diganggu suspek.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa telah diliwat sejak 3 pagi 14 Mei lalu ketika dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh suspek.
“Pemuda itu juga ada membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruh kanak-kanak itu untuk meliwatnya dan mangsa yang takut terpaksa menurutinya.

“Sepanjang pengadu berada di asrama, suspek yang tidak bekerja telah meliwatnya sebanyak 30 kali,” katanya dalan satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, suspek merupakan bekas pelajar institusi pemulihan pesalah juvana yang tinggal di asrama mualaf itu kerana tiada tempat tinggal.

Mangsa pula dikatakan ditempatkan di asrama mualaf itu sementara ibunya menguruskan urusan penceraian.

Mengulas lanjut Zainol berkata, sebaik sahaja mengetahui kejadian tersebut, bapa mangsa telah meminta suspek datang ke rumahnya pada Ahad lalu untuk berjumpa.

“Ayah pengadu kemudian telah memukul pemuda itu hingga menyebabkannya luka di bahagian kepala sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

“Hasil soal siasat, suspek adalah seorang penganggur dan rakan sebilik mangsa semasa kejadian namun mangsa hanya mengingati empat tarikh kejadian dia diliwat,” katanya.

Tambahnyaa, suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Lagi:
Padah pinggan mangkuk tak cuci, lelaki berdepan dengan makhluk halus dalam rumah
Anak derhaka! Belasah, ikat ibu di tiang elektrik hanya kerana sayur
Katering tak muncul – muncul, kenduri kahwin jadi ‘mimpi ngeri’
CATEGORIES