Mungkin ketika itu saya sudah tiada, tapi kebenaran akan terjawab – Isteri pramugara

Photo of author

By Syima Iza

Meniti waktu yang penuh tanda tanya, tidak sedar insiden kehilangan pesawat malang Penerbangan Malaysia Airlines MH370 sudah 10 tahun berlalu.

Meskipun persoalan masih menemui jalan buntu buat isteri kepada pramugara Mohd Hazrin Hasnan, namun Intan Maizura Othaman, 44, masih menanti khabar yang pasti.

Menurut Intan, dia pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi tetapi masih mendambakan sinar khabar gembira buatnya kelak.

Mungkin ketika itu saya sudah tiada, tapi kebenaran akan terjawab - Isteri pramugara

“Saya perlu tunggu dan saya percaya, satu hari nanti mungkin ketika itu saya sudah tiada di dunia, tetapi kita tak akan tahu mungkin 50 atau 100 tahun lagi kebenaran akan terjawab.

“Bukannya kata kita tak ‘move on’ dah sedekad dah kita move on kan,”katanya ketika ditemui Buletin TV3 semalam.

Katanya, perkataan ‘move on’ sudah tersemat dalam dirinya tatkala menerima petanda menerusi mimpi selepas 3 bulan insiden itu berlaku.

“Saya mimpi dia (suami) datang dalam mimpi dia cakap ‘B, move on sebab kami dah ditakdirkan untuk pergi’. Bermula dari situ, iaitu 10 tahun lalu Allah dah datangkan dia dalam mimpi saya, Allah dah bantu saya dan saya move on, Alhamdulillah,” katanya.

Dia dalam pada itu tidak menafikan peranan sebagai ibu dan bapa sejak kehilangan suami bukan perkara mudah.

Dia kini memberi tumpuan membesarkan dua cahaya mata iaitu Iman, 15 tahun dan Mohamad 10 tahun dengan sepenuh hatinya.

Selain itu, Intan sentiasa mengingatkan dua anaknya mengenai kesusahan yang dihadapi orang lain terutama nasib yang menimpa saudara di Palestin dan anak-anak yatim di Malaysia yang hilang tempat bergantung.

“Banyak persoalan bermain di benak fikiran Mohamad memandangkan dia berada dalam kandungan ketika insiden itu berlaku.

“Macam semalam (Selasa) Mohamad tanya dia tak pernah jumpa papa, dia nak jumpa papa, tapi soalan macam tu adalah perkara biasa untuk saya hadapi.

“Saya faham itu adalah proses untuk mereka belajar, walaupun bukannya mudah,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya Iman berkata, segala kenangan yang dicipta ketika kecil masih segar dalam ingatan terutama ketika menyambut hari kelahirannya di luar negara.

Baca Juga:
Remaja lelaki 17 tahun hampir lemas di Pantai Chendering diselamatkan penduduk kampung
3 jam tunggu Aliff Aziz buka pintu, JAWI terpaksa minta bantuan bomba
Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita popular di kondominium