Muka sebijik macam artis K-pop, pemain dram Dewa 19 cetus kegilaan ramai wanita

Muka sebijik macam artis K-pop, pemain dram Dewa 19 cetus kegilaan ramai wanita

Muka sebijik macam artis K-pop, pemain dram Dewa 19 cetus kegilaan ramai wanita.

Wajah kacak pemain dram Dewa 19, Tyo Nugros membuatkan sebahagian besar penonton tidak senang duduk sepanjang konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Jeritan peminat wanita atau Baladewi bergema di segenap gelanggang setiap kali wajah lelaki separuh abad itu muncul di layar lebar yang terletak di kiri dan kanan pentas.

Muka sebijik macam artis K-pop, pemain dram Dewa 19 cetus kegilaan ramai wanita

Raut persis artis K-pop Tyo menenggelamkan seketika tumpuan khalayak kepadakeempat-empat vokalis band ikonik terbabit termasuk pengasas dan ketua kumpulan mereka, Ahmad Dhani.

Selain figura berusia 51 tahun itu, konsert Dewa 19 yang julung kali diiringi orkestra lengkap turut menampilkan Ari Lasso, Virzha serta Ello.

Sebelum ini, Tyo atau nama sebenarnya Satyo Nugroho, 53, pernah tular ketika menjayakan Konsert 30 Years of Dewa 19 di lokasi sama pada September, tahun lalu.

Sejak menyertai kumpulan asal Surabaya itu sekitar tahun 1999 dan memilih keluar lapan tahun kemudian disebabkan kecederaan kaki, populariti pemuzik itu tidak pernah merudum.

Apatah lagi Tyo juga sering diundang mengiringi Dewa 19 termasuk ketika kunjungan ke Kuala Lumpur, tahun lalu.

Malah seakan memahami kegilaan Baladewi, kamera juga kerap dihalakan kepada pemain dram tersebut ketika konsert berdurasi tiga jam itu berlangsung.

Sementara itu, pada persembahan mega yang menyaksikan sebanyak 34 lagu diperdengarkan, penampilan 54 pemuzik orkestra Malaysia mencetuskan aura luar biasa.

Diketuai maestro muzik Indonesia selaku konduktor, Guntur Nur Puspito, antara seleksi pilihan yang meraih sambutan termasuk Arjuna, Elang, Risalah Hati, Roman Picisan, Bukan Cinta Manusia Biasa dan Pupus.

Icon Entertainment selaku penganjur turut mengundang tiga penyanyi tempatan iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Amir Masdi.

Pertama kali diiringi pemuzik orkestra lengkap, Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia meraih perhatian sekitar 7,000 peminat tegar yang dipanggil Baladewa dan Baladewi.

Baca Lagi:
Pengantin buat kejutan hidang McDonald’s pada tetamu di majlis perkahwinan
Lelaki nyaris maut ditikam isteri selepas minta izin mahu ambil kedi golf sebagai wanita simpanan
Jururawat maut ditikam suami, mayat ditemui dalam bilik tidur ditutupi dengan selimut tebal
CATEGORIES